Pengerusi Persatuan Bitcoin dan ahli matematik Israel, Meni Rosenfeld Menyertai Lembaga Penasihat Bancor Protokol

Ibrahim01
2 min readMay 16, 2017
Meni Rosenfeld

SWITZERLAND — April 25, 2017 — Bancor Protokol (https://bancor.network/) standard untuk mewujudkan cryptocurrencies intrinsik boleh diniagakan atau ‘Token Pintar’, hari ini mengumumkan penambahan ahli matematik dan Pengerusi Persatuan Bitcoin Israel Meni Rosenfeld dalam Lembaga Penasihat. Encik Rosenfeld, yang telah mengkaji dan membincangkan whitepaper bitcoin oleh Satoshi dari perspektif matematik, mengkaji dengan teliti konsep yang dikemukakan dalam whitepaper Bancor ini.

https://bancor.network/static/Bancor_Protocol_Whitepaper_en.pdf

“Kami berbesar hati kerana mendapat kepakaran Encik Rosenfeld dalam lembaga penasihat Protokol Bancor,” kata Guy Benartzi, pengasas Bancor. “Meni telah menjadi aset yang bernilai kerana dalam proses membina whitepaper kami dan formula harga token, kami berharap untuk mendapat tunjuk ajar untuk terus membina Bancor.”

Encik Rosenfeld ialah graduan M.Sc. matematik dari Weizmann Institute of Science. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2009, Encik Rosenfeld menjadi ketua penyelidikan di SimilarWeb, di mana beliau bertanggungjawab membangunkan algoritma untuk mengukur hubungan antara laman web dan menganalisis trafik web. Beliau mengenali Bitcoin pada awal tahun 2011 dan tidak lama selepas itu beliau itubuhkan perkhidmatan pertukaran Bitcoin Israel pertama, Bitcoil, semasa melakukan penyelidikan matematik pada algoritma yang mendasari fungsi Bitcoin dan sistem blockchain.

Encik Rosenfeld menjadi pengerusi Persatuan Bitcoin Israel pada 2013. Beliau akan menasihati eksekutif Bancor sejajar dengan pembangunkan syarikat ini dalam menyelesaian masalah teknikal untuk aliran tunai mudah yang dihadapi oleh long-tail cryptocurrencies.

“Saya tidak percaya pada mulanya tentang merit dalam percubaan untuk datang dengan cara-cara baru penyediaaan aliran tunai pasaran. Semasa saya terokai pendekatan Bancor, saya terkejut dengan nilai yang boleh ia bawa, semudah idea utama mereka, “kata Meni Rosenfeld.

“Bancor boleh menawarkan kelebihan sebenar berbanding sistem sebelum ini, dan saya ingin membantu ia berbuat demikian. Ini adalah mengapa saya menerima peranan sebagai penasihat dan tidak sabar untuk menjadi seorang mentor aktif kepada pasukan. “

Media: press@bancor.network

Hubungi syarikat: Galia Benartzi, galia@bancor.network

Mengenai Bancor Protokol

Bancor protokol adalah standard untuk mewujudkan Token Pintar, satu kategori baru cryptocurrencies yang intrinsik boleh diniagakan. Bermula pada blockchain awam Ethereum, Bancor menggunakan kaedah baru bagi membolehkan penemuan harga terbina dan mekanisme tunai mudah automatik untuk Token Pintar, tanpa perlu untuk memadankan dua pihak dalam pertukaran. Bancor protokol mewujudkan ekosistem baru dalam pertukaran aset, dan membuka long-tail mata wang yang dijana pengguna. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: www.bancor.network/

--

--