Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio.

Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح (Menolak Kerosakan Adalah Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan) kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal.

Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan.” [1,2,3]

Hukum Harus Bertukar Jadi Wajib Lighairih

Istilah Harus yang digunakan menjadi hujah kepada pihak tertentu yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka. Istilah HARUS ini bukan bermaksud “tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila ditinggalkannya” seperti apa yang biasa dibahasakan dalam bab ibadah.

Akan tetapi HARUS yang dinyatakan itu adalah merujuk kepada usul fikah hukum taklify yang merujuk kepada IBAHAH. Harus yang diterjemah dari ibahah ini pula membawa maksud hukum asalnya adalah harus. Tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib atau sunat atau makruh atau haram bergantung kepada perkara luaran yang berkaitan dengannya (ilah sesuatu perkara itu terbit). Contohnya dalam situasi normal, minum air hukum adalah harus. Hukum ini boleh bertukar menjadi wajib jika tidak minum air menyebabkan mudorat.

Berbalik kepada isu vaksinasi, jika hendak dikompromi antara FATWA dengan KKM, ialah fatwa memutuskan hukum asal vaksinasi adalah harus, tetapi apabila golongan pakar memutuskan tanpa vaksinasi, mudorat akan berlaku secara pasti atau hampir pasti, maka hukum harus tersebut bertukar menjadi wajib lighairih iaitu WAJIB kerana sebab luaran. [4]

Saranan dari Mufti Wilayah Persekutuan:

“Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.

Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita.” [2]

Bukan Membuta-Tuli Tanpa Asas

Para ahli yang mahir dalam bidang perubatan bersetuju saranan WAJIB ini terlebih utama kerana melihat kemudaratan yang besar jika masyarakat dibiarkan terdedah tanpa perlindungan vaksin. Sangkaan kuat (zhan) ini bukan dibuat membuta-tuli tanpa asas yang menyokong, tetapi ianya berdasarkan kajian dan cerapan statistik yang diperolehi sejak sekian lama.

To summarise Islam highly urging its flock to be immunised. Because honestly I’m fucking tired treating a disease that suppose to be preventable by vaccine.
#kbye
One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.