Hantu Senawang (Bahagian 1)

Ya. Kujumpa hantu di Senawang. Bagaimana? Jika kau tidak takutkan cerita ngeri, maka silalah dengarku ceritakan.
Ia berlaku ketika aku masih seorang ahli Concerned Lawyers for Justice atau CLJ pada beberapa bulan yang lepas. Hari Jumaat malam Sabtu itu aku seperti biasa di pejabat menghabiskan kerja due diligence bagi projek Munich bagi hari itu. Suara bosku yang lantang masih kedengaran di telingaku. Habiskan hari ni tahu. Client nak esok.
Aku tak perasan tapi tiba-tiba Fatihah Jamhari, rakan seahli CLJ menjelma di depanku. “Hi Ferman. Are ya ready for our CLJ meeting tonight?” dia bertanya dalam bahasa Inggeris loghat Amerika. “Fatihah, apa ini? Kita kan orang Melayu. Bukankah lebih baik bertutur dalam bahasa kita?” “Ya” dia jawab. “Tapi cara u cakap BM pelik” “Tidak,” aku bantah. “Saya hanya memilih untuk menggunakan bahasa piawai. Anda juga harus begitu”
“Ooo ok. Whatever you say then” kata Fatihah mengerlingkan matanya. “We’re going to Senawang taking the Lekas highway to Nadia Norrizan’s place, like the others said in WhatsApp right?” “Ya. Kita bakal menggunakan Lebuhraya Lekas ke sana” jawabku konfiden.
“Bakal menggunakan? Seriously? Nape tak leh kata kita akan ambik Highway Lekas just like a normal person?” Fatihah mula bersuara dan kami bergaduh perkataan sambil menuju ke keretaku di besmen. Dalam masa kira-kira sejam kemudian, kami berdua telahpun dalam perjalanan menuju ke destinasi yang dimaksudkan.
“Bukankah mereka kata lebuhraya Lekas melalui hutan dara?” diriku bertanya sambil memandang jalan di hadapan kereta.
“Yup. Virgin forest all round” jawab Fatihah di tepiku. Kami dalam keretaku di lebuhraya Elite menghampiri simpang ke Bandar Saujana Putra.
“Nasib baiklah anda boleh bimbing saya Fatihah. Jika tidak sudah tentu saya sesat” kataku secara tiba-tiba.
“No problemo, Romeo” kata Faithah sambil mengunyah gula-gula getah. Dia membuat belon getah dengan mulutnya.
Semasa keluar di simpang lebuhraya di hadapan kelihatan tiada lampu. Inilah lebuhraya yang dikenali sebagai SKVE yang seperti Lekas tiada lampu di tepi. Tidak seperti Lekas, SKVE sekurang-kurangnya punya beberapa penempatan di sekeliling. Mindaku terbayang lebuhraya Lekas yang hanya dikelilingi hutan belantara. Seramku memikirkannya.
“Fatihah?” ku bersuara akhirnya.
“Yo” dia jawab.
“Anda teringat apa yang dikatakan dalam WhatsApp tempoh hari?”
“Yeah I remember. They said there are ghosts. But I don’t think so. Remember what Nadia Norrizan and Nadia Aziz said. Its all baloney.” mukanya kelihatan skeptical.
“Tapi Hafizuddin…”
“Hafiz is a moron” sampuk beliau. “I’ve known him since uni days. Dia memang suka berceriter. Tak yah cayer cakap dia tu”
Sampai kita di lebuhraya Kajang SILK. Aku terdiam. Mungkinkah apa yang dikatakan Hafiz benar? Adakah hantu wujud? Ah! Fikiranku berserabut. Apa yang aku mampu buat hanya berdoa, ku fikir sambil kereta yang dipandu tiba di satu simpang “Exit 2101” ditulis atasnya jelas kelihatan. Sampai kita sudah di permulaan lebuhraya Lekas.
BERSAMBUNG…