Hantu Senawang (Bahagian 2)

Aku tak tahu berapa lama sebelum tu aku memandu di lebuhraya Lekas, tapi rasa bagai berjam lamanya. Memang tiada lampu di tepi jalan seperti yang dikatakan. Tiada juga penempatan di sekeliling. Yang ada hanya hutan di kedua-dua belah lebuhraya yang seakan tiada penghujung. Fatihah telah lama menghabiskan gula-gula getahnya. Kini dia diam melihat jalan dihadapan kereta, yang diterangi cahaya bulan sabit yang malap. Lagu oldie Jim Reeves, Highway to Nowhere, bermain secara perlahan di radio.

I’m traveling the highway to nowhere… ’Cause I can’t find the road to your heart… This old road is so rough and so rocky… I get lost on the highway to your heart…

“Ferman, d’you mind if I smoke?” tanya Fatihah dengan tiba-tiba. Aku terkejut.

“Anda kan mahu berhenti? Sebab itulah anda kunyah gula-gula getah tadi kan?”

“Yea, I wanna quit, but chewing gum ain’t workin’” kata Fatihah secara selamba. Tanpa menunggupun aku jawab, dia terus mengeluarkan pemetik api dan menyalakan sebatang rokok yang dikeluarkan daripada beg bimbitnya. Beliau menyedut secara perlahan dan terus menghembusnya, sekaligus menyebabkan keliling dalaman kereta dipenuhi asap rokok. What the hell? fikirku sambal membuka sedikit keempat-empat tingkap kereta.

“Fuuuh… That feels good. You know Ferman… I got screwed by my boss today. Got yelled at. You ever get yelled at, Ferman?”

Aku diam sahaja. Fatihah lalu menyambung “Just some mistakes here and there. Yet she made it a big deal. The client wants perfection, she said. Nothing less. Seems like all there is to private practice is kissing the client’s ass. Is this what being a lawyer is all about? Five years in law school just for this?”

Aku terus diam. Baru tahu pula aku bahawa Fatihah berpendirian sebegini. Selama ini aku ingat dia ok sahaja. Rupa-rupanya ada sesuatu yang lain? Tak tahulah, aku fikir sambal mengeluh. Kata pepatah Inggeris, to each his own. Sebagai seseorang yang menghormati hak individu, bukan tempat saya untuk menyatakan pendapat berkenaan keadaan kerjaya seseorang.

Fatihah menghabiskan batang rokoknya dan terus diam semula. Bulan sabit berselindung di balik awan dan angin mula bertiup sedikit kencang. Dalam pada aku melihat jalan hadapan yang bersuluh lampu depan kereta, tiba-tiba ada bayangan seseorang perumpuan berpakaian putih berjalan betul-betul tepat di hadapan jalan kereta. Mungkinkah…?

Aku lantas menekan brek. Bunyi tayar kereta bergeser kuat kedengaran apabila kereta yang dipandu diberhentikan. Sempat perumpuan itu memandang kearah keretaku sebelum dilanggar olehnya. BAM! Bunyi hentuman kedengaran apabila kereta yang tak sempatku brek melanggarnya dan berhenti.

BERSAMBUNG…