Hantu Senawang (Bahagian 4)

Tidak berapa lama kemudian, aku mendapati diriku berhadapan dengan seorang rakan perumpuan yang marah tatkala aku tersilap nampaknya sebagai hantu. “For the last time… It was a genuine mistake. I did not mean to offend you,” aku mengeluh. Fatihah memandangku dengan muka marah.

“Yelah tu. Mentang-mentanglah aku dandan rambut dan pakai make-up dalam kereta sekejap, kau terus bilang aku pontianak,” dia membebel lagi. Perumpuan… biasalah. Sentiasa sensitif mengenai paras rupa mereka.

“I explained to you already. Your hair was all over the place and you had all that make-up on your skin was practically white. And in the moonlight you really looked like a…”

“Ok ok! I get it!” Fatihah marah memotong. Aku terdiam. Fatihah memandang ke depan dengan geram — matanya tajam melihat jalanraya di hadapan kereta.

Selepas meneruskan perjalanan, kami tiba di Senawang pada jam 11:35 malam. Aku pun hairan melihat jam keretaku bila tiba di hadapan Tetuan Deidra Sharina & Co yang mana Nadia Norrizan beramal. Perjalanan yang dirasakan lama rupanya tidak sepanjang mana. Kami berdua terperanjat juga melihat keadaan bangunan pusat komersial yang bergelar Pusat Perniagaan Ixora itu. Cat bangunannya mengelupas menunjukkan ia sudah lama tidak dicat semula, dan ada tulisan grafiti merata-rata. Perkarangan pusat komesial juga tidak bersih dan sampah sarap bertaburan di merata tempat. Inikah firmanya, fikirku sambil bersyukur bahawa diriku seorang peguam di firma terkemuka dan berprofil tinggi di Kuala Lumpur.

Kami memasuki bangunan tersebut. Koridor yang sempit dan gelap itu berakhir di pintu lif yang usang. Tiada lampu atau apa-apa indikasi bahawa lif tersebut berfungsi. Aku menekan butang atas. Kami menunggu tanpa kepastian bahawa pintu lif akan buka atau tidak.

“Whoa. Creepy huh?” aku senyum cuba memulakan perbualan. Fatihah tidak menjawab mahupun membalas senyuman. Matanya menjeling tajam memandangku.

“Look.. Fatihah. C’mon. I already said I was sorry. What else do ya want me to say?” aku meminta. “Besides, what were you thinking, putting on make-up? We were in the middle of disposing a body… remember?”

“I just wanted to…”

Sebelum sempat beliau menghabiskan ayatnya, pintu lif itu membuka. Lampu malap menerangi perkarangannya. Kami berdua memasuki lif tersebut. “Tingkat 3, kan?” aku tanya soalan retorik, sambil menekan butang yang patut.

Setelah tibanya kami di aras 3, kami berdepan dengan pintu kayu tidak bertingkap. Di pintu tersebut tertera ayat “Messrs Deidra Sharina & Co” dalam font Arial bersaiz 20 berwarna hitam. Aku mengetuk pintu tiga kali.

Dua puluh saat berlalu sebelum suara kedengaran dari dalam. “Siapa?”

“Ferman dan Fatihah. Mesyuarat CLJ.”

“Kata laluan?”

Aku berfikir sejenak. Apa ya kata laluan yang telah dipersetujui? Oh ya.

“Keluhuran Perlembagaan” aku menjawab. Prinsip ketiga Rukunegara itu sememangnya sesuai buat matlamat CLJ dan menjadi kata laluan bagi bulan ini. Selesai sudah kami menggunakan kata laluan Kepercayaan pada Tuhan dan Kesetiaan pada Raja dan Negara. Belum sempat lagi kami menggunakan Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Pintu dibuka dan aku serta Fatihah memasuki firma tersebut. Pintu depan firma ditutup semula selepas masuknya kami.

BERSAMBUNG…

Show your support

Clapping shows how much you appreciated Ferman Hadi’s story.