The First MSME Innovation Expo and Conference and Brunei CAEXPO Exhibition 2017

FIRST MADE IN BRUNEI MARKET FAIR

FIRST MADE IN BRUNEI MARKET FAIR BRIDEX DEWAN 1

Islamic Mind telahpun mengikuti First Made in Brunei Market Fair yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) dan Darussalam Enterprise (DARE) dengan kerjasama The Brunei Economic Development Board (BEDB) dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan(MOFAT) berlangsung pada 6hb hingga 8hb Mei 2017 lepas.

Seramai lebih kurang 200 vendor mengikuti expo ini dan Mindplus Education Sdn Bhd di tempatkan di booth bernombor 046 di Dewan 1, Bridex Jerudong.

Pada hari pertama 6hb Mei 2017 (Sabtu), Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat ke majlis perasmian expo tersebut dan berkunjung ke booth Mindplus Education Sdn Bhd untuk melihat aplikasi Islamic Mind.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat melihat aplikasi Islamic Mind

Alhamdulillah, selama expo tiga hari tersebut ramai pengunjung ingin mengetahui tentang aplikasi Islamic Mind, mendaftar, memberi sumbangan dan telah memberi maklum balas serta sambutan yang sungguh positif. Pengunjung-pengunjung yang kami terima terdiri dari ibu bapa, penjaga dan guru-guru yang berminat untuk mengajar anak-anak, adik-beradik dan murid-murid mereka ajaran-ajaran Agama Islam melalui aplikasi Islamic Mind sebagai alat bantu pengajaran mereka.

Antara maklum balas yang kami terima adalah animasi video Islamic Mind sangat menarik dan dengan adanya kuiz-kuiz untuk menguji kefahaman anak-anak, adik-beradik dan murid-murid mereka itu membuat mereka berminat untuk mendaftar dan memuat turun aplikasi Islamic Mind. Tambahan lagi ianya adalah aplikasi percuma untuk dimuat turun.

Sebahagian dari Pengunjung yang Mendaftar dan yang Memberi Sumbangan Semasa The First Made in Brunei Market Fair Tersebut

Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pengunjung yang telah berminat dengan aplikasi Islamic Mind. Kami berharap para pengunjung dan orang ramai akan terus menyokong Islamic Mind dan mendapat manfaat dari aplikasi ini.

Aplikasi Islamic Mind boleh di muat turun di Google Play https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindplusedu.islamicmind&hl=en dan App Store https://appsto.re/bn/YnwRgb.i

Sila like, follow Facebook page kami dan juga Instagram kami https://www.facebook.com/IslamicMindBrunei & https://www.instagram.com/islamicmindbrunei/?hl=en