Sumber Idea Inovasi

Pelajar

Sentiasa memberi ruang kepada pelajar untuk memilih aktiviti serta medium pembelajaran yang diminati.

Media

Sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam dunia teknologi maklumat. Setiap satunya berpotensi untuk dijadikan sebagai medium P&P yang berkesan.

Kelas, Bengkel, Simposium dan Seminar

Cendekiawan universiti sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Sentiasa ada ruang untuk mempelajari kaedah pembelajaran terkini melalui pelbagai wacana yang dianjurkan oleh universiti. Kebanyakannya — percuma!

Pemerhatian

Setiap subjek yang wujud dan setiap peristiwa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri. Pemerhatian yang analitikal menjadikan sebahagiannya dapat diterjemahkan kepada inovasi yang berimpak.

Penyelidikan

Setiap penyelidikan mencetuskan pelbagai inovasi yang bermanfaat. Perkongsian kepakaran menjadikan inovasi lebih berkualiti dan berimpak.