Pengubahsuaian #Bajet2016: Kerajaan Menitikberatkan Pendidikan


Dalam Perutusan Khas Pengubahsuaian #Bajet2016 yang diumumkan pada 28 Januari 2016, YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Kerajaan memberi jaminan dan komited terhadap ehwal pendidikan dan masa depan anak-anak kita.
 
Antara pengumuman yang berkaitan adalah, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan empat program tajaan JPA bagi tahun 2016 seperti berikut:
 
Pertama, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.
 
Kedua, Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
 
Ketiga, Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara; dan
 
Keempat, Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.

Show your support

Clapping shows how much you appreciated Najib Hassan’s story.