Rehat selagi boleh

Hai Reader sekalian? sihat tak? dah lama tak tulis coretan hati. Ini ada cerita best nak story ni!
Semalam 30/7/2015. Hari yang super -duper penat. Dengan cuaca panas mencabar untuk aku berpuasa sambil berjalan ikut mak ni. Lepas je subuh, ingat boleh sambung tidur ( cry) tapi perjalanan jauh hari tu. Aku kena follow mak aku ke Segamat. Kenapa pergi sana? . Mak aku ada pesan kerepek lah, macam-macam jenis lah. So, perjalanan tu makan masa juga lah. Pergi pagi , elak dari kesesakan. Iya tak?
Sampai je Segamat, barang setel. Pastu , dah gerak balik Johor. Lagipun, petang tu juga aku dengan mak aku kena masuk singapore. Hmm.. korang bayangkan lah? aku ni mana kuat berjalan sangat. Puasa lagi lah. Baik mereput kat rumah. Tapi, sebabkan ada event dengan tengok movie kat singapore , so nak tak nak haruslah ikut !
Dipendekkan cerita, aku dengan mak mulanya nak naik train je. Oh ya ! ayah aku pun ikut sekali sebab nak tolong bawak barang yang dipack tu. Tiba-tiba train delay. Patutnye 1:30pm . Sekarang nak kena tunggu pukul 3:30pm. Gila kau?!. Tuhan je yang tahu perasaan aku, mak dengan ayah masa tu. Aish. Dari 3:30pm terus jadi 4:30pm. Ini dah buat diri ni kurang sabar. Tapi like usual… apa yang jadi. Chill jea.
Mak aku putuskan kita naik je bus. Berjalan jauh lagi nak ke tempat bas. Cobaan. Dengan bawak beg yang dipack lagi. Meruntun jiwa pulak that day. Bus dah ada. Terus naik. Apa kau ingat masuk singapore tu holiday ke? kena kejar bus. Then, kena tunggu. Kalau orang yang boleh sabar…ok lagi. Ini orang yang kurang sabar? nasib aku puasa. So , sabar aku seimbang lah. Penat gilos uoll….
Masuk kastam singapore lagi. Ketat uoll. Rule kat sana ..korang jangan main-main. Silap sikit, mampus kau di maki. Nasib aku ni banyak kali ulang -alik masuk singapore. Jadi, dah faham. Rule apa. Lagipun , bukan singapore je. Bila kita masuk negara mana pun rule kena ikut . kan? takkan korang main redah je? tak pasal-pasal passport kena tarik. Then , tak dapat balik negara sendiri? Maunye melalak kau sorang-sorang! kat sana…kau bukan kenal sesiapa. Bye.
Haha. Berbalik pada apa yang berlaku . Next .. amik bus ke satu bus. Singgah Woodlands Eve 1. Rumah kawan mak aku. Kak Rina. Masuk je rumah. Anak perempuan dia ada. Anak lelaki dia pun ada gak. Segan jugak weh. Tapi, nak buat caner? Konsep aku macam biasa. Redah…
Aku kagum jugak , rumah Kak Rina kan Apartment. Serba serbi mewah jugak. Walaupun rumah tamu kecil . Serba serbi tersusun dan rasanya tak perlu banyak sangat barang. Lawa pulak tu ! kena dengan taste . Ala-ala mat saleh style. Bukan tu je , rumah dorang macam senyap sikit. Entah . Maybe tetamunya kitaorang kan.^^
Lepastu, berbual punya berbual. Aku dengar Kak Rina tegur anak-anak dia dalam bahasa english campur BM. Singapore ni banyak guna languange English lah. Dia tegur anak dia suruh lipat baju and bla bla bla. Anak lelaki lak tu. Whatever. Sanggat kagum! Susah nak jumpa anak lelaki lipat baju? Heh. Tapi , dalam diam aku envy rumah dia. Ceh!
Dah siap je , aku pun turun dengan mak. Suami Kak Rina pun ikut sekali. Bawak si kecik yang becok. No friend…hahaha tagline si kecik tu. Adess. So, naik je teksi. Jauh jugak nak ke Bugis. Lalu Bugis Road. Peh! Peh! Gempak wei. Tahu tak stadium tertutup SUKAN SEA yang kat SINGAPORE ? Besar giloss.-,-. Rasa beruntung sekejap. Sampai je kat BUGIS , terus turun. Ada event. Tak sangka ramai nye orangg?!!.Wow! makanan-makanan dia toksah cakap lah exciting do. Bila puasa..hanya mampu melihat mereka yang non-muslim makan dulu. Lagipun , baru pukul 6pm. Sabar okay. Tapi , sebenarnye boleh sabar. Cuma, hari ni totally tired and tak boleh control rasa haus ni.
Kawan mak silih berganti tegur. Aku takde mood nak ramah. Keh! aku bukan jenis senang ramah dengan orang. Depends dengan orang yang aku dah lama kenal. Lagipun, aku ni jenis pemalu. Kueng kueng. Orang tegur baru aku macam burung murai noks. Hehehew. Tunggu punya tunggu , dah nak masuk wayang. Dapat air percuma lak. As u know, kan pergi tengok cinema “minions” ni dengan makan sekali makanan event ni free u ollss. Aish. Kalau mak aku tak pergi , kena $60 dolar u olls. Gedik kan? Hahahaha. so , kire rezeki aku lah dapat makan free. siapa yang tak nak? tipuuuu.
Masuk je wayang , nasib dah boleh buka. kat malaysia dengan singapore sama waktu 7:16pm. Fuh! nasib sama waktu . Kalau tak , konfom perut aku dah bernanah. Hehehehe. Teruk noks! Alhamdulilah , dah berbuka. Makan mee. Dengan fishball je. Alahai. sebenarnye ambil ayam. Tapi , ayam tu rasa mentah. Buek.. Loya tekak. Dahtu , makan je yang patut. Sorry to ayam dengan nugget. Nugget tu jadi best kalau + mayonis. Lupe pulak amik mayonis. Hehehe. Beware lepasni. Habis je cerita “minion” lari balik. Cari jalan keluar. Berpusing-pusing. Lastly , jumpa station bus. Pulun lari dan que!. Perjalanan masih jauh. Jadi lelap jelah dalam bus. Serious talk. Berjalan sehari suntuk lama je rasa haritu. Kalau stay rumah , masa berlalu je. Cepat noks. Itu je kot. For todayy. Sorry macam karangan. Lain kali cuba pendekkan ye. sebab im so excited! bye.
Like what you read? Give A little wicked person a round of applause.

From a quick cheer to a standing ovation, clap to show how much you enjoyed this story.