1. Permulaan — Penyedaran (mindfulness)

Adhura Husna
Nov 4 · 2 min read

Hidup dalam masa kini — satu kehidupan yang pantas, seringkali menerbitkan satu perasaan terganggu atau tidak lengkap dalam diri seseorang. Maka, terdapat keperluan untuk berhenti sejenak dan melihat sekeliling. Ianya bukan mudah, tetapi harus dilakukan demi ketenangan jiwa. Tetapi sama seperti orang lain, aku juga mempunyai masalah untuk mengosongkan benak fikiran dan biarkan ia main di ladang tanpa apa-apa.

Itu masalah yang aku hadapi sekarang, tetapi berjaya dikenal pasti pagi tadi. Aku terlalu fokus kepada hari esok, kepada nanti, sehingga melupakan yang hari ini sama penting seperti esok. Seminggu sebelum ini aku mengalami kegusaran jiwa yang agak teruk sehingga hampir menjejaskan kehidupan. Permulaan pagi yang bermula dengan rutin berbeza sedikit sebanyak membantu terutamanya apabila aku terjumpa tajuk podcast EconTalk, Ryan Holiday in Stillness is Key. Perbualan antara Russ dan Ryan menarik minat aku untuk berhenti sejenak dan berfikir serta melakukan penilaian semula.

Sebelum itu mari kita berfikir tentang persoalan ini — Adakah melakukan sesuatu yang dianggap membuang masa itu sebenarnya membuang masa? Atau adakah ianya hanya membuang masa dalam konteks masyarakat? Pentingkah pendapat masyarakat semasa kamu lakukan jika kamu sukakannya? Perlakuan-perlakuan seperti berhenti untuk menikmati pemandangan, bunga-bungaan tepi jalan mahupun perbualan-perbualan kecil seringkali dianggap membuang masa walhal ianya mendatangkan pengabulan (fulfillment). Dan aku rasa ini yang aku lupa untuk lakukan.

Bener, kita punyai masa untuk bermeditasi, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim — waktu sembahyang. Tetapi adakah kita benar-benar merasakan tenang? Atau kita hanya melakukannya sebagai satu tanggungjawab hakiki?

Berada dalam keadaan hanya untuk — melepaskan (to let go)

Ianya nampak mudah. Tetapi mengapa kita masih tersepit dalam putaran roda kehidupan yang seperti tidak akan berhenti? Russ ada mengatakan yang “dorongan semulajadi untuk menyibukkan diri dengan sesuatu, sama ada untuk sentiasa melihat notifikasi telefon bimbit — berada dalam dakapan kesibukan, merupakan kerentanan (vulnerability) untuk merasa (to feel) atau untuk mendedahkan diri dengan perasaan-perasaan yang mendalam.

Membesar dalam keluarga yang kurang mempamerkan emosi atau perasaan, aku faham apa yang dia maksudkan. Ketakutan untuk merasakan sesuatu secara mendalam kerana ianya dianggap sebagai kelemahan, sesuatu yang dapat dimanipulasi. Tetapi aku sedar yang ianya hanyalah sifat kita sebagai manusia.

Winnie the Pooh bertanya kepada Piglet, “Hari ini hari apa?”

“Hari ini!” kata Piglet.

“Ah, hari kegemaran aku.”

Jadi pesanan buat aku — buat kita semua, sekarang adalah penting sama seperti nanti.

Adhura Husna

Written by

Making writing daily each morning a habit based on one-word prompts. // Menulis setiap pagi secara berterusan berdasarkan satu perkataan.

Welcome to a place where words matter. On Medium, smart voices and original ideas take center stage - with no ads in sight. Watch
Follow all the topics you care about, and we’ll deliver the best stories for you to your homepage and inbox. Explore
Get unlimited access to the best stories on Medium — and support writers while you’re at it. Just $5/month. Upgrade