2. Peranan

Peranan seringkali dikaitkan dengan dua perkataan ini — tujuan atau tanggungjawab, selalunya digambarkan seperti ianya ekslusif hanya kepada salah satu. Tetapi menurut pendapat peribadiku, peranan merupakan kedua-duanya. Ada tujuan dalam peranan dan ada tanggungjawab dalam peranan. Karangan pagi ini akan menelusuri perbualan-perbulan sepanjang tempoh hari.
Sebelum kita bertanya ‘mengapa kita (manusia) di sini?’, mengapa hidup ini begitu sukar?’, dan sebagainya dan persoalan-persoalan lain dalam bentuk soalan-soalan besar atau broad questions, aku mahu bertanya soalan kecil dahulu seperti ‘mengapa aku di sini?’, dan persoalan-persoalan bersifat individu, kerana bermula dengan persoalan-persoalan besar dahulu akan menyebabkan krisis eksistential yang menyakitkan dan agak menyesatkan, kerana bagaimana jika kita mahu mencari tujuan kehidupan tanpa mengenali diri sendiri?
Berbalik kepada peranan, setiap pagi aku akan membuat teh hijau panas di pantri. Sebentar tadi, seorang rakan sekerja dari jabatan laain bertanya “Wah, green tea every morning ah? so healthy,” dan tanpa sedar aku membalas, “No. I just like green tea.” Jadi, sebetulnya peranan teh hijau dalam hidup aku adalah; 1. kerana aku sukakannya dan membuat aku gembira, 2. ianya sihat. Di sini aku mahu tekankan tentang kesedaran, kesedaran yang kita sukakan melakukan sesuatu. Dan kesukaan acap kali dikait dengan hedonisme atau nafsu tetapi ianya satu fitrah, oleh itu aku kaitkannya dengan tanggungjawab, sebagai panduan bersama.
Imbas kembali kepada perbualan aku bersama Hanni semalam, seorang rakan yang aku kenali sejak asasi, bertemu kerana kami berdua dianggap eccentric dan aneh dalam standard masyarakat. Tanpa mengisahkan bagaimana perbualan itu bermula, ianya berakhir dengan aku mempelajari sesuatu, di mana aku harap sama pada pihak dia. Pada satu ketika perbualan kami berkisarkan peranan universiti. Ya, aku pernah menulis tentang peranan universiti dalam penulisan akademik tetapi pendapat peribadi aku ialah tidak hanya berhenti kepada pencarian ilmu tetapi lebih daripada itu. Universiti ialah tempat bagaimana mahu menggunakan ilmu untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan dunia secara real time. Berbeza dengan perniagaan, universiti atau mana-mana institusi bertindak sebagai asas atau foundation manakala perniagaan dan kerajaan bertindak sebagai alat atau tool.
Tajuk seterusnya bermula apabila dia bercerita tentang kesukaran untuk menulis dan aku bertanya,
‘why don’t you write?’,
‘even if no one’s ever going to read it?’,
Jelas terdapat keraguan dalam kata-kata dia. Jawapan aku terhadap itu mengejutkan aku juga apabila aku membacanya semula,
Sometimes, you write not to be read or validated. You write to just let it out there, to be content and at peace with it. I mean, I write to be at peace with my thoughts. Why do you write?
Dia katakan yang dia menulis untuk mencipta, untuk memberi nafas kepada kehidupan. ‘Jadi, mengapa tidak? Apa yang melarang kamu?’
manusia
Kamu yang mengikat ketakutan atau adakah ketakutan yang mengikat kamu? Adakah orang akan ambil kisah sebanyak mana seperti kamu ambil kisah tentangnya, sekalipun positif atau negatif? Will they?
Perbualan diakhiri dengan kami berdua fangirling terhadap satu syarikat teknologi ini. Apa yang sedang mereka lakukan seperti tidak boleh dipercayai, terus daripada filem sains fiksyen, lebih-lebih lagi apabila ianya sedang berlaku di Malaysia. DI MALAYSIA (bayangkan kami dengan mulut ternganga sambil berimaginasi tentang kemungkinan-kemungkinan yang berlaku). Kesimpulannya, aku katakan, segalanya mungkin jika kita cukup berani untuk mencuba. Seseorang perlu jadi yang pertama. Jadi mengapa bukan kamu? atau aku? atau kita? Mengapa tidak? Kamu kenal diri kamu. Itu cukup. Buat apa pedulikan apa yang orang lain fikirkan jika ianya tidak membina?
Peranan. Peranan merupakan tujuan sesuatu yang sama — persolan mengapa dan bagaimana, tetapi pada masa yang sama peranan juga merujuk kepada tanggungjawab, tanggungjawab kita kepada diri sendiri yang utama, kepada orang sekeliling, dan seterusnya.
