Kebosanan adalah salah satu kemungkinan dalam perkahwinan, terutamanya apabila aktiviti yang dilakukan bersama berbentuk monotonous dan tidak bervariasi.

Perlu ingat bahawa ini bukan disebabkan anda kahwin dan jumpa orang sama sahaja setiap hari. Solusinya bukanlah untuk tukar pasangan.

Sebab punca masalah bukan kahwin dengan pasangan sama, tapi pada ketandusan kreativiti. You and your partner have to always work to keep things exciting.

Salah satu prinsip yang perlu dipegang adalah kebahagiaan dalam perkahwinan tidak automatik. Kalau anda kahwin dan fikir anda sudah tak perlu try hard sebab “dah dapat dah dia”, maka anda silap.

Selepas kahwin, anda dan dia kena try harder agar hubungan itu sentiasa fresh dan membina. Ibarat air, ia perlu sentiasa mengalir.

Apa jadi kalau air tak mengalir? Ia akan bertakung, kotor, dan busuk. Jangan jadikan hubungan anda begitu. Air mengalir akan menghidupkan. Air bertakung akan mematikan.

--

--

Bad news: There is always someone better.

Good news: That’s not the point of marriage!

There is no such thing as the perfect partner. I know it’s cliche, but it’s the truth.

Kalau nak yang lebih cantik, akan ada yang lebih cantik. Kalau nak yang lebih kaya, akan ada yang lebih kaya. Kalau nak yang lebih alim, akan ada yang lebih alim.

Sentiasa ada yang lebih.

Kalau dapat satu lembah emas, kita pasti nak satu lembah emas lagi. Kita sentiasa nak lebih. Di situ ada ralat dari segi cara kita berfikir tentang hubungan perkahwinan.

Fokusnya bukan cari yang sempurna. Fokusnya adalah cari yang terbaik dan menjadi yang terbaik. It takes work to make marriage work.

Jadi, dua-dua perlu letakkan 110% komitmen untuk memastikan perkahwinan itu berfungsi dengan baik dan membantu dua-dua untuk mendekati matlamat yang sama.

--

--