Mass Movement Sebagai Satu Idea

It is not the poverty of signifieds but, on the contrary, polysemy that disarticulates a discursive structure. That is what establishes the overdetermined, symbolic dimension of social identity. Every social practice is therefore — in one of its dimensions — articulatory.. .. The social is articulation -Ernesto Laclau and Chantal Mouffe
There is no power relation without the correlative constitution of a field of knowledge, nor any knowledge that does not presuppose and constitute at the same time power relation — Michel Foucault

Satu alternatif untuk analisa mass movement ialah melalui discursive approach, yakni relasi antara wacana dan realiti. Sebagai contoh, Farish Noor menulis yang Gerakan Reformasi 1998, sebagai satu idea merupakan identiti yang sifatnya samar-samar dan terbuka untuk diperdebatkan (berasaskan teori hegemoni Laclau dan Mouffe). Tulisan penulis seperti Sayuti Omar membina (invented) identiti Reformasi sebagai projek wacana-agama dengan penggunaan terma ‘firaun’ dan ‘mujahid’ berhubung watak-watak Reformasi. Manakala penulis seperti Lutfi Othman membina Reformasi sebagai wacana politik seharian berkenaan kebebasan dan keperitan rakyat. Yang lebih jelas ialah partisipasi rakyat yang meliputi pelbagai agama, bangsa, dan kelas dalam gerakan Reformasi.

Sumpah dan Airmata — Sayuti Omar
Layakkah Anwar? — Lutfi Othman

Bagi Farish, sifat “reformasi” sebagai idea yang samar-samar dan tidak tetap (unfixed) ini bukanlah satu kelemahan tetapi kelebihan untuk memantapkan wacana demokrasi yang lebih inklusif buat semua. Tetapi hilangnya satu titik dasar yang menyatukan semua mampu meruntuhkan nilai plural dan demokratik dalam wacana politik lantas membina satu struktuk dialektika politik yang simplistik.

Like what you read? Give Aiman Nazmi a round of applause.

From a quick cheer to a standing ovation, clap to show how much you enjoyed this story.