Scallops with Herbed Brown Butter

First time try resipi baru untuk masak Scallops atau Kekapis dalam BM. Selalunya masak ala-ala Victoria Station, Baked Scallops with Cheese.

Namun begitu, cara masak menggunakan kaedah brown butter ni pun sangat mudah & ringkas. Cuma kena berjaga-jaga supaya butter tidak hangit.

Jom kita lihat resipinya..

Scallop with Herbed Brown

Bahan-bahan:

  • 2–3 Kekapis (buangkan otot yang warna oren ditepi, kalau tebal boleh dipotong setengah secara bulat)
  • 2–3 sudu unsalted butter
  • Herba-herba seperti Tarragon, Thyme atau Sage (boleh juga gunakan Mixed Herbs yang dah siap dalam botol)
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam
  • Jus lemon
  • 1 sudu Minyak Zaitun

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana dalam kuali leper.
  2. Perapkan kekapis bersama garam & lada hitam secukup rasa. Pastikan kekapis tidak basah semasa hendak dimasak & masak sebelah hingga keperangan & sedikit garing.
  3. Pusingkan kekapis dan masukkan butter & herba.
  4. Pegang kuali secara menyerong sedikit supaya dapat mengambil butter dengan sudu & tuang berkali-kali ke atas kekapis sehingga kekapis masak dan butter berwarna keperangan dan berbau harum.
  5. Hidangkan kekapis bersama sos butter tadi & tambahkan sedikit jus lemon.

Untuk rujukan cara membuat ‘brown butter’, boleh rujuk video di bawah: