Kenaikan harga minyak di Malaysia

Kementerian perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol atau dengan lebih jelas lagi pengurangan subsisidi petrol Ron95 sebanyak RM0.20 berkuat kuasa pada jam 12.01 malam,2 Oktober 2014

Adakah penurunan harga subsidi ini mampu meringankan beban rakyat??, adakah pengurangan harga subsidi ini adalah untuk mengukuhkan lagi institusi kewangan negara?? banyak persoalan yang pasti akan bermain di fikiran rakyat jelata. Dan sudah pasti akan ada segenap lapisan masyarakat yang akan tidak berpuas hati dengan isu kenaikan harga petrol ini.

setelah dikaji secara mendalam isu kenaikan harga petrol ini,pasti akan mendatangkan banyak tanda tanya kepada seluruh lapisan masyarakat antaranya ialah “adakah ini meringankan beban rakyat?”

Ya!! tidak menjadi kata asing lagi bagi sesetengah masyarakat yang cuba untuk memporak-perandakan kerajaan, tapi lapisan ini mempunyai idealogi mereka yang tersendiri. Memang benar apabila isu sebegini diutarakan dalam dada akhbar mahupun corong-corong radio ianya akan menambahkan beban “sesetengah” lapisan masyarakat yang bertaraf “tidak mampu” bahkan kenaikan harga petrol ini akan menyebabkan lapisan masyarakat ini dilanda kesusahan kerana mereka lebihan wang saku yang tersisip rapi di dalam dompet mereka terpaksa digunakan untuk mengisi minyak petrol supaya mereka boleh mencari rezeki dan menghantar anak mereka menimba ilmu. Pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif kepada golongan “tidak mampu” ini dengan cara menyediakan peruntukan petrol kepada mereka ataupun menyalurkan sepenuh bantuan. Pihak majikan juga perlulah menanam sifat belas kasihan yang tersembunyi dalam diri supaya menaikkan kadar punca rezeki mereka. Ini hanyalah pendapat yang diutarakan. tidak ada konsep memaksa dalam konteks ini,ianya hanyalah sekadar konsep “humanity” ataupun berperikemanusiaan.

Pihak kerajaan Malaysia juga pasti mempunyai sebab-musabab mengapa mereka menurunkan harga subsidi petrol. Melalui andaian saya semata-mata, Pihak kerajaan mungkin mengalami kemerosotan ekonomi sejak kebelakangan ini. Ditambah pula dengan kes MH370 dan MH17 baru-baru ini.Kerajaan terpaksa menanggung pampasan kepada ahli keluarga mangsa MH370 dan MH17. “kenapa pula kerajaan perlu membayar pampasan kepada ahli keluarga mereka??bukan ke kes ini diatas tanggungjawab syarikat MAS airline?”. syarikat MAS airline merupakan syarikat milikan penuh kerajaan jadi segala risiko perlulah ditanggung sendiri oleh pihak kerajaan.

Sekadar selingan. Merujuk kepada “convention for the unification of certain rules for the international carriage by air-montreal,28 may 1999 in article 17(1)”. “the carrier is liable for damage sustained in case of death or injury of a passenger upon condition only that aacident which caused the death or injury took place on board the aircraft or in the caurse of the operation of embarking or disembbarking” dengan kata mudah pihak syarikat penerbangan perlu menanggung risiko jika berlaku kematian atau kecederaan atas sebab sesuatu aktiviti yang tidak diduga.

Dalam hal ini syarikat MAS airline terpaksa menanggung pampasan sebayak minima US$17500 setiap waris.Disini kita dapat lihat segunung pusaka kerajaan perlu dicairkan bagi membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa ditambah pula dengan hutang-hutang kerajaan Malaysia. Ini hanya sekadar purata kasar yang kita nampak bagaimana pula yang “tersembunyi”. Kesemua yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak perlulah terlampau dipersoalkan dan diperkotak-katikkan. Mereka diberi tanggungjawab untuk memerintah kerajaan. Andai kata suatu masa nanti pihak kerajaan mengundur diri negara kita akan terdedah dengan acaman anasir-anasir dan sudah tentu akan dijajah sekali lagi.

Kesimpulannya, sebesar zarah sekalipun perkara yang diutarakan pasti mempunyai agenda yang tersendiri. Tidak perlulah hanya pandang di sebelah pihak sahaja,bahkan pandang dari setiap sudut dan fikir dahulu sebelum bertindak untuk membuat keputusan.

(Ini hanyalah sekadar idealogi dan rentetan seaorang penulis jalanan..haha)

Show your support

Clapping shows how much you appreciated Akmal Al-Fariz’s story.