KUNCI UNTUK MAHIRKAN DIRI ANDA DALAM APA SAHAJA

“Orang yg telah berjaya juga akan bagitahu benda yang sama,
ia tak selalunya tentang bakat, tetapi kebolehan untuk konsisten.”

Luangkan masa 30 minit sehari.

Anda ingin mahir melukis? menulis? atau apa saja kemahiran yang ada minati, cuba untuk luangkan masa sebanyak 30 minit dalam sehari dan fokuskan untuk buat benda tersebut.

Cuba utk buat, kekalkan momentummnya dan kejayaan bakal menjadi milik anda

Ketika saya mula belajar menggunakan software video editing (After Effects) saya dengan sengaja memaksa diri saya selama 30 minit sehari untuk menggunakan software tersebut.

Setiap hari dalam masa sebulan saya push diri saya untuk belajar kemahiran tersebut dan saya percaya kini saya sudah pun menjadi seorang video editor yang lebih baik.

Jadi contohnya anda ingin mahir melukis;

  1. Beli buku-buku yang berkaitan dengan lukisan atau gunakan internet sebagai sumber rujukan. Pelbagai blog dan video di Youtube yang boleh anda jadikan panduan tentang cara melukis.
  2. Luangkan 30 minit sehari dengan belajar secara teori dan juga cuba melakukannya secara praktikal
  3. Terima dan sedar yang semua orang perlu bermula dari bawah, hasil ketika mula-mula mencuba mungkin kurang memuaskan lantas membuat anda ingin putus asa. Oleh itu sila bersabar dan kuatkan semangat. Percayalah bila anda sudah pun mahir nanti, pastinya anda berterima kasih pada diri anda sebab teruskan juga.
One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.