Hey! Selamat Datang Dua puluh Lapan Tahun

Saya; Pada malam harijadi tempohari

Dah dua hari aku menjejak ke umur DuapuluhLapan tahun. Lagi 2 tahun nak ke Tigapuluh-an.

Pertama — tama sekali syukur aku hidup sampai ke umur ini. Kedua dua nya, terima kasih semua pada yang memberi hajat, gambar conteng — conteng (adik), gambar throwback (dua kawan yang aku banyak kali beritahu harijadi aku). Sangat hargai walaupun aku ini bukan orang yang meletakkan tarikh hari lahir di socmed.

Pukul Sembilan tadi aku jumpa kenalan blog, yang tak pernah jumpa. Kita berborak macam macam benda, dan dia belanja aku makan(kek tentunya!).

Hidup semua orang memang berbeza. Lagi lagi selepas belajar itu kau tengok haluan masing masing lain lain. Ada yang nak berkahwin, dan ada yang nak tenang tenang melayari hidup tanpa cinta, gitu. Haha.

Selepas Abah jatuh sakit aku mula re-evalute hidup. Aku cakap aku kena kahwin. Akan tetapi perempuan yang aku tengah text itu, dah cari orang lain. Macam biasa aku cari dia telefon dia banyak kali. Lepas itu, dah sejarah jela tinggal. Satu momen hidup aku rasa bodoh jugak. Haha. Aku kena buat list bodoh aku pernah buat.

Bagus juga sebenarnya, aku re-evalute sekali lagi. Aku kata tak boleh macam ni, kena buat sesuatu. Aku cakap dengan kawan aku , aku join trip dia, ke Gunung Raung. Masuk gaji bulan dua, tanpa ragu aku tempah tiket ke Surabaya, redah. Harijadi nak dekat hari itu, aku redah lagi keluar ASB aku beli lens Samyang 12mm. Lepastu sekarang ini kurang duit. Haha.

Kawan aku yang aku jumpa tadi setuju dengan aku. Hidup masing masing lain lain. Dan kita kena cuba sesuatu yang baru, yang kita sendiri belum cuba dan eh, best juga ni. Keluar dari zon selesa, redah mana yang mampu sebelum tua.

Dengan ini aku harap, diberi peluang untuk membesar menjelajah dunia yang aku belum pernah teroka.

One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.