Perbualan Panjang (i)

Satu pertemuan kadang kadang penuh dengan benda yang tidak dijangka kalau ianya dilakukan secara rawak, spontan dan tiada rancangan yang kompleks.

Semacam, kawan yang tak pernah jumpa dalam real-life, 10 tahun berhubung putus-sambung dalam alam-maya, komen sepatah dua di post facebook, dan nahh janji satu perjumpaan.

Aku redah hujan masa itu, dan tunggu di ofis sampai pukul 7 lebih. Tadahal bagi aku, sekurang nya ianya satu pelepas stress kerja walaupun agak basah seluar kasut sebab hujan ( ingatkan hujan rintik, tak payah lah baju hujan semua, sekali haha). Lepas sesat berpusing dekat Shah Alam aku jumpa gak tempat nak jumpa. Habis nak hip, cari coffee house. Sebab bukan apa, nak jumpa borak dan teringin mocha panas.

Sampai je kat situ, fon aku terus bunyi, aku angkat walaupun tak tengok nombor siapa. Terus eh, kawan aku kata mana landmark semua etcetera. Lepas beberapa puluh minit juga dia sampai, kata fon dah mati. Mujurlah kenal muka through facebook, kalau tak scene eh? Amirul? Haha.

Aku tak jangka lebih, mungkin sedikit awkward. Iyalahkan kawan yang kenal dari zaman Myspace, dari aku habis sekolah menengah sampai aku dah mula kerja baru jumpa face to face. Kata kan lah nama dia M untuk pemudah cerita, terus lancar mula berborak, cakap perihal sesat, tak jumpa, hujan dan sebagainya. Well, that’s surprising.

Sampai je duduk di coffee house, dah mula berkongsi pasal hidup masing — masing. Biasanya, dominan dalam perbualan mesti bukan aku. Aku kearah mendengar dan mencelah sikit-sikit. Tak banyak yang aku boleh cerita sembang sangat.

M ini banyak bercakap dan sangat terbuka. Semua benda dia cerita kat aku. Dari insiden yang memang dia sendiri tak share dalam Facebook, hidup dia sekarang, yang buat sahaja apa dia suka selagi boleh. Baru — baru ini sahaja dia pergi naik bukit dekat Teluk Chempedak pada awal pagi, lepas tu sambung masuk FunRun dekat KL. Aku macam wow. Ini pun hujung minggu aku dalam rumah menaip entri ini (kah macam zaman blog dulu) beberapa jam lepas bangun masuk shift pagi yang pertama (ini pun kena taip nanti!).

Bagi aku, M ini punya semangat freewill dan macam tak peduli sangat pasal orang lain fikir, janji dia happy. Yang aku kagum, dulu masa Mak dia sakit (dan dah meninggal, my condolence) , pada masa itu dia boleh belajar apa sakit mak dia, dan dalam masa yang sama belajar macam macam benda kat hospital.

Dari morphine dia punya kick macam mana, tolong makcik lain yang sakit pergi tandas, sampai serba serbi medical term yang aku sendiri tak pernah dengar. Aku dulu masa mak aku tenat, aku tak pulak ambil peluang macam tu, cuma duduk di sisi katil mak dan baca novel dan cuba lenyap dalam persekitaran hospital. Itu sahaja yang aku buat.

Sebelum mak dia sakit dia ada terima tawaran sambung belajar sana sini tapi terpaksa kansel atas sebab dia nak jaga mak dia. Tapi sekarang dia memang free will habis. Tak kerja, cuma buat proofread sikit -sikit .

Sekarang merata — rata dia tidur, katanya. Tumpang kawan yang mana boleh dan balik Kuantan kadang — kadang tengok adik dia. Banyak perancangan yang dia kata nak buat, macam ambil lesen skuba ( fuh ekstrem).

Dia ada satu media sosial, Facebook sekarang, dan tak berminat untuk buat instagram, twitter mahupun perbualan sosial lain macam Line, WeChat dan sebagainya. M ni macam bagi aku perempuan rare, hatta pergi travel pun tak ambil gambar, cuma suka larut dalam pemandangan tempat tu. Macam dia cakap “Seronok!”.

Pada masa itu aku mula rasa nak evaluate hidup balik. Pergi buat apa yang aku suka, tak kira lah apapun. Hidup untuk diri sendiri, tak payah nak impress siapapun. Aku cuba error cuba kalau boleh pergi jauh.

Cuba untuk jadi diri sendiri tanpa ada sebarang restriction diri.

So, worth it aku redah hujan, hold untuk 10tahun tak jumpa M!

Show your support

Clapping shows how much you appreciated mirulja’s story.