Suara kita kecil.

berkenaan isu #SaveGaza


apa yang saya cuba sampaikan ?

mudah. baru baru ini ada berlaku kes peletupan bom di semenanjung Gaza. hal ini hangat diperkatakan di Facebook dan Twitter.

hari-hari ada sahaja gambar terbaru menunjukkan pergolakan yang berlaku. gambar putus tangan, putus kaki, anak kecil mati dan sebagainya.

maka timbullah satu gerakan kecil di Twitter dengan hashtag #SaveGaza. yang rata ratanya digerakkan oleh orang melayu Malaysia disertakan dengan gambar-gambar sedih. (mungkin kerana saya hanya mengikut garis masa pengguna Twitter dari Malaysia.)

walaupun jika seluruh rakyat Malaysia ( 28,334,000 juta orang) mempunyai akaun Twitter dan menyertai gerakan kecil ini, saya tidak yakin pergolakan di semenanjung Gaza akan tamat.

menurut kajian dari greyreview.com , Pengguna Twitter di malaysia hanyalah (anggaran) 1,128,000 orang iaitu meliputi o.47% dari populasi Twitter dalam keseluruhannya. Dan jika kesemua pengguna Twitter dari Malaysia sebanyak 1,128,000 orang ini menghantar twit yang mengandungi #SaveGaza, masih, kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Orang yang sepatutnya bersuara adalah mereka ini. Suara salah seorang dari nama yang disebutkan ini adalah lebih lantang dari suara 1,128,000 pengguna Twitter rakyat Malaysia.



p/s: this is my rant and shan’t be taken seriously. tq.

Email me when MohamadAliSuhari™ publishes or recommends stories