Nyatanya

Diam adalah jawapan. Kata-kata bahagiaku hanya perhiasan paling indah untuk digalas kemana-mana. Sejujurnya, aku tidak mahir menulis hal-hal bahagia tanpa memikirkan tentang kesementaraan. Aku terlalu selalu untuk melihat yang tidak-tidak kerana itulah erti sebenar sebuah perjalanan, dan bukankah yang manis hanya ada pada makanan?

Merentasi akhir-akhir hayatku, sisa-sisa ini akan menjadi sia-sia jika aku menjadi teman kepada kesedihan. Sekelilingku petah berkata tentang kesedihan yang panjang, namun jarang sekali mahu menjadi sepasang telinga yang tajam. Nyatanya, Tuhan saja yang mahu mendengar. Nyatanya.