Dari kecil, Dr. Jamu suka perhatikan wanita yang berumur tetapi kulitnya kekal cantik dan nampak muda. Jika berkesempatan Dr. Jamu akan bertanyakan rahsia awet muda mereka. Yang menariknya hampir semua wanita tersebut memberi jawapan yang sama iaitu “ Amalkan minum jus pegaga”. Menurut mereka minum jus pegaga ini boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda. Setelah membuat sedikit sorotan kajian (literature riview) mengenai pegaga dan khasiatnya. Wow!! Memang selepas ini Dr. Jamu akan lebih berdisplin untuk mengamalkannya.

Image for post
Image for post

Image: vineveracosmetics.com

Manfaat: Tidak heran lah jika jus pegaga boleh mengekalkan keremajaaan kulit. Ini kerana menurut kajian pegaga boleh meningkatkan lagi penghasilan kolagen dalam badan [1]. Jadi minum sahaja, jus pegaga untuk tingkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda. Bagi Dr. Jamu ini lebih baik, daripada anda bergantung dengan produk yang berasaskan kolagen. Konsepnya sama dengan susu badan, badan kita akan menghasilkan susu badan jika kita ingin menggunakannya. Lagi banyak anda stimulate atau rangsang, lebih banyak susu badan anda. Jika tidak susu badan anda akan kering. Jadi rangsang badan anda, dengan jus pegaga. …


Memang risau jika bayi atau anak kecil kita demam kerana jika tidak dikawal boleh menyebabkan demam panas dan sawan. Ikuti tips rawatan ini. Semoga dapat memberi manfaat pada anda.

1.Pantau suhu badan:

Image for post
Image for post

Digalakkan mengukur suhu badan anak anda dengan menggunakan jangka suhu untuk ukuran lebih tepat. Jika anda tiada jangka suhu, pastikan anda sentiasa peka dengan perubahan kepanasan. Disarankan merasa kepanasan dengan tapak tangan atau pipi anda, ini kerana kulit kawasan ini lebih sensitif terhadap suhu.

2.Lap dahi dan badan:


Hampir dua bulan Dr. Jamu menggunakan Bio-enssence 24k Bio-Gold Rose Gold Water. Antara alasan utama membelinya kerana Watson memberi potongan harga 50% dan Dr. Jamu memang jenis yang cepat tertarik dengan potongan harga ≥ 50%. Tambahan pula, memang niat untuk membeli pelembap dan produk ini juga boleh bertindak sebagai pelembap. Jadi setelah discount harga Bio-essence 24k Bio-Gold Rose Gold Water hanya sekitar RM 30 lebih untuk 100 ml. Berbaloi bagi Dr. Jamu kerana mungkin akan menggunakanya lebih daripada 5 bulan. Jujurnya Dr. Jamu tidak suka akan baunya, bagi Dr. …


Tahun ini, Dr. Jamu berhajat untuk mempraktikkan gaya hidup minimalis, to be more with less. Bagi Dr. Jamu ianya adalah kehidupan yang mengajar anda untuk hidup secara bersederhana. Hidup dengan lebih mudah, lebih praktikal dan jelas dengan matlamat atau kehendak diri. Hidup secara minimalis membantu untuk mengenal pasti sesuatu barang paling diperlukan dan bermakna untuk diri anda. Ini akan menjadikan anda lebih fokus kepada setiap barang yang dimiliki kerana barang yang dimiliki lebih sedikit. Jadi ruang penyimpanan lebih luas dan tersusun. Lebih mudah mencari mencapai yang di kehendaki dan kehidupan anda lebih efisien.

Image for post
Image for post

Image: www.brucall.com

Perhatikan salah satu sudut penyimpanan anda, contohnya meja solek anda. Cuba asingkan barang atau make up yang tidak diperlukan, jarang digunakan atau yang tiada nilai untuk diri anda. Salah satu barang yang Dr. Jamu asingkan adalah eye-shadow yang palet utamanya sudah habis dipakai. Alasan utama menyimpannya kerana masih ada palet warna lain, jadi tidak mahu membazir untuk membuangnya. Mungkin satu hari, Dr. Jamu akan menggunakan. Tetapi untuk menunggu mungkin satu hari, sekarang ini sudah hampir 3 tahun Dr. Jamu menyimpannya tanpa sekalipun menggunakannya. Mungkin inilah yang dikatakan hanya mahu memiliki tetapi sebenarnya tidak diperlukan. …


Masih gagal untuk turunkan berat badan? Sudah berkali-kali anda renew diet tetapi masih tidak berkesan untuk kuruskan badan. Mungkin ada kesilapan-kesilapan semasa berdiet yang anda tidak sedari. Cuba periksa dan ingat kembali cara anda berdiet. Adakah anda melakukan kesilapan seperti yang berikut;

Image: www.walmart.com

1.Tidak makan atau skip makan: Walaupun tak makan, anda masih tidak kurus? Kenapa? Ini kerana tubuh anda sudah menukar ke mode kebuluran (starvation mode). Jadi tubuh anda berjimat-jimat untuk menggunakan lemak-lemak yang tersimpan di dalam badan dan ini menyebabkan metabolisme badan akan menurun. Elakkan skip makan, pastikan anda makan sekurang-kurangnya 6x sekali. …


Anda ada impian untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu dan licin? Tetapi sampai sekarang masih tidak berjaya. Jangan berputus asa lagi, cuba dahulu dengan jus tomato. Jus tomato ini sesuai diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan juga untuk kekal sihat. Amalkan minum jus tomato 2–3 kali seminggu, dalam masa sebulan anda sendiri akan rasai perubahan yang ketara. Jujurnya Dr. Jamu kurang suka dengan rasa tomato, oleh itu dalam resepi ini Dr. Jamu akan mencampurkan dengan epal hijau untuk menutup rasa tomato. Hampas hasil jus anda juga, boleh dilumurkan pada muka atau di badan anda untuk mendapatkan kesan yang berganda.

Jus tomato
Jus tomato

Kredit: www.simplyrecipes.com


Banyak produk jus susu kurma ini di pasaran, contoh yang popular seperti Farm Fresh Kurma Milk. Namun anda juga boleh lakukan sendiri di rumah kerana jus susu kurma ini sangat mudah disediakan dan menjimatkan. Apa yang paling penting ada simpanan kurma di rumah, jadi anda boleh menyediakannya bila-bila masa yang disukai. Untuk mereka yang tak tahan lapar dan tidak boleh lapar seperti Dr. Jamu, jus ini akan jadi penyelamat untuk anda. Ambil jus ini untuk mendapatkan tenaga sebelum menunggu makanan untuk dimakan 🙂

Kredit: http://www.samsgroceria.com

Manfaat: Untuk mendapat tenaga dengan segera kerana kurma mengandungi karbohidrat ringkas seperti glucose, fructose dan sucrose yang lebih mudah dihadam. Sesuai diambil untuk mereka yang hendak bersahur, berpuasa, ibu mengandung atau mengalami gastrik. Resepi ini juga sering diamalkan bagi wanita yang ingin menambahkan susu badannya. Malah kurma juga menunjukkan peranan yang positif dalam mengawal penyakit jantung, penyakit neurological, gastric ulcer, hipertensi dan boleh merencat sel kanser seperti kanser buah dada [1–3]. …


Manfaat: Tomato kaya dengan vitamin A, C, E dan folat [1], dapat membantu dalam pembesaran anak anda. Tomato juga kaya dengan dengan likopena (lycopene) yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel-sel badan daripada rosak [2]. Di antara kebaikkan tomato adalah untuk mengelak penyakit kardiovaskular (sakit jantung), mengelakkan kanser, mengelakkan obesiti dan untuk kesihatan mata [3–6].

gambar buah tomato
gambar buah tomato

Kredit: www.organicfacts.net

Sup tomato ini sesuai diberikan untuk anak anda sebagai sarapan atau sebagai makanan malam. Selalunya Dr. Jamu akan berikan sebagai sarapan pagi, jika ada lebihan Dr. Jamu akan simpan (di dalam chiller) untuk makanan tengah hari pula. …


Jika anda sedang hamil dan mengalami masalah Hb (hemoglobin) yang rendah, perkara pertama yang dicadangkan oleh ahli profesional seperti World Health Organization (WHO) ialah pengambilan makanan tambahan zat besi (supplement) [1–2]. Namun, ada sesetengah wanita mengalami alahan terhadap supplement zat besi ini seperti muntah-muntah, pening, pedih ulu hati dan sembelit [3]. Oleh kerana masalah ini, hanya 36 % wanita hamil yang mengambil supplement ini secara tetap (setiap hari) [4]. Yang lain, boleh dikatakan sebagai ketegar walaupun sudah dinasihatkan oleh doktor dan diterang dengan lengkap akibat kekurangan zat besi pada anda dan bayi.

ibu mengandung dan ubatan
ibu mengandung dan ubatan

Image: www.momtricks.com

Dr. Jamu sendiri, sangat susah untuk mengambil supplement zat besi, bukan sahaja zat besi malah multivitamin (sesuai untuk wanita hamil dan masih mengandungi zat besi) yang lain kerana alah dengan bau vitamin disamping muntah dengan teruk dan pening yang berpanjangan setelah mengambilnya. Sampai sekarang Dr. Jamu tidak tahu puncanya, kerana sudah mengambil supplement ini dengan cara yang betul. Tetapi wanita hamil sememangnya susah untuk dijangka, ada yang alah dengan bau ikan, ada yang cita rasanya bertukar dan bermacam-macam lagi. Hehe. Ini petua dari pengalaman Dr. Jamu sendiri, khusus untuk wanita hamil yang mempunyai banyak alahan, tiada selera makan, tidak suka makanan berkhasiat dan sibuk bekerja. …


Tips cerahkan kulit ini adalah daripada pengalaman Dr. Jamu sendiri, memandangkan di antara adik-beradik Dr. Jamu lah yang paling gelap sekali. Yang lain putih dan cerah. Keliru juga Dr. Jamu pada mulanya, yalah seibu dan sebapa. Tetapi warna kulit berbeza pula. Hehe. Namun, Dr. Jamu redha dan cuba mencerahkan diri supaya sekufu dengan yang lain. Akhirnya berjaya juga Dr. Jamu mencerahkan diri dengan menggunakan tips mencerahkan muka secara semula jadi ini. Hampir berbelas tahun, Dr. Jamu mengamalkannya iaitu sejak di bangku sekolah lagi. Ianya sangat jimat, selalu ada di dapur anda dan yang paling penting berkesan. …

dr jamu

Get the Medium app

A button that says 'Download on the App Store', and if clicked it will lead you to the iOS App store
A button that says 'Get it on, Google Play', and if clicked it will lead you to the Google Play store