Tubuh Kerbau Dan Peribadi Manusia

Petikan dari kata-kata Hamka di dalam buku Peribadi:

“Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya pun tidak pula berlebih berkurang. Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama harganya. Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia peribadinya.

Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga, belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi yang lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak!”

One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.