Is. Leave. Possible. – Oxenfree (2016)

Game untuk peminat Stranger Things dan It dan bunyi gangguan statik.

Hadi M. Nor
Feb 26 · 6 min read

Apa-apa yang ada unsur seram dan fiksyen sains, saya akan tertarik kepadanya macam seorang socmed influencer tertarik kepada trend internet.

Seram dan takjub; itulah pengalaman yang dijanjikan dalam game ini dan – memetik daripada ulasan positif filem adaptasi novel Stephen King – It delivered.


Mula dengan sebuah feri. Ada tiga saja penumpang dalam feri itu.

Watak utama dan tingkap kita ke dunia Oxenfree ialah Alex, seorang perempuan remaja yang spunky, cool, agak grumpy, dan exude major lesbian energy. Mengingatkan saya kepada Coraline dan Ellen Page dalam Juno (2007).

Bersamanya ialah kawan baiknya iaitu Ren, seorang mulut murai yang agak menjengkelkan.

Dan yang ketiga ialah Jonas, abang tiri Alex yang baru hari ini diperkenalkan dan baru hari ini berpindah ke rumah Alex.

Mereka kemudiannya tiba di pulau Edwards Island untuk menyambut cuti panjang. Rancangan ialah untuk minum sampai mabuk di tepi pantai sampai pagi. Di pantai itu, dua orang lagi menunggu mereka:

Nona, seorang perempuan yang intelektual, pemalu, dan yang paling comel. Hm… Mungkin ada fan art dia yang borderline NSFW di DevianArt? Jap. Nak tengok.

Ah. Ada.

Dan akhir sekali, Clarissa, seorang perempuan yang lawa, tinggi dan matang. Dia dingin dan sini terhadap Alex. Ada sebab kenapa dia begitu tapi itu akan didedahkan nanti. Spoiler. Hm… Mungkin dia pun ada fan art yang borderline NSFW?

Ah. Of course.

Bila semua dah sampai dan berkumpul, Nona mengambil gambar. Sepanjang game ini, akan ada gambar-gambar polaroid diambil seperti di bawah. Taktau kenapa ada elemen ini dalam game ini. Saya benci gila. Lebih cheesy daripada makanan Melayu moden.

Dari kiri: Clarissa, Ren, Alex, Jonas, dan Nona.

Alex membawa sebuah radio mudah alih lama. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kalau ditala radio ke frekuensi tertendu di depan mulut sebuah gua di pulau itu, ia akan menghasilkan bunyi pelik, seolah-olah datang dari luar angkasa.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah frekuensi itu membuka portal ke alam lain. Bila portal itu dibuka, entiti dari alam lain itu datang ke alam mereka dan buat kecoh

Dalam sekelip mata – ada glic atau gangguan pada masa – Alex dan kawan-kawannya tiba-tiba terpisah. Dan kini Alex harus mencari dan menyelamatkan mereka dan blah dari pulau itu.

Yang diketengahkan dalam game ini ialah naratif. Dari awal-awal, anda mengawal apa Alex cakap dengan memilih daripada belon dialog atasnya.

Pilihan kita akan menentukan nasib Alex dan kawan-kawannya. Kalau anda berhati gelap, dan Alex anda membuat pilihan-pilihan yang mencerminkan kegelapan hati anda, maka penamat cerita anda berlainan dengan pemain yang beriman dan mulia macam saya (Saya dapat ending di mana semua orang happy).

Game ini mementingkan worldbuilding sebab cerita dan sejarah pulau itu adalah kunci untuk Alex menyelamatkan kawan-kawannya. Sebab itu kita tak boleh memintas cutscenes. Malah, tak ada cutscenes pun. Semua exposition cerita berlaku melalui dialog Alex dan kawan-kawannya semasa kita masih lagi dalam permainan. Anda kena pandai walk and talk.

Ada beberapa mainan teka-teki. Dan hampir semuanya melibatkan radio yang Alex bawa; buka pintu dengan radio, menghalau hantu dengan radio, dan sebagainya. Ini bukan game aksi tapi bukan juga point-and-click. Saya tak tau game ini genre apa. Decision-based-game-yang-ada-puzzle-sikit?

Masa saya main game ini, saya juga main Resident Evil 2. Game ini jauh lebih menakutkan. Resident Evil 2 berunsur saspens dan buat saya cuak dan mencarut depan PC. Tapi imej-imej game Oxenfree kekal dalam otak saya.

Saya kena pergi berubat dengan ustaz selepas melalui babak di mana berlakunya glic dan Clarissa dirasuk dan mati berkali-kali. Kita jumpa Clarissa di sebuah bangunan terbiar. Di tempat dan babak yang sama, glic berlaku, dan Clarissa tiba-tiba tergantung mati. Kemudian, glic berlaku lagi, dan Clarissa tiba-tiba hidup balik dan sedang berdiri di tingkap lalu melompat. Bila kita berlari turun ke bawah, mayat Clarissa hilang.

SPOILER!

.

.

.

Alex dihantui rasa bersalah kerana abangnya, Michael, mati lemas. Dan Clarissa rupanya adalah teman wanita kepada Michael sebelum dia arwah. Clarissa menyalahkan Alex atas kematian Michael sebab Alex yang mengajak Michael pergi berenang dulu.

Ada satu bahagian di mana ketika Alex berjalan bersama Jonas, kita tiba-tiba dihantar ke masa silam melalui gangguan masa. Michael masih hidup. Latar belakang menjadi terang dan indah. Malam bertukar siang.

Ini hari Alex berjalan-jalan di pulau itu bersama Michael dan Clarissa. Ini tahun lepas. Tapi ini bukan adegan flashback di mana kita melihat memori Alex. Ini kesedarannya waktu sekarang ditarik ke masa lampau (dan kita mampu mengubah masa hadapan… nanti).

Clarissa baik dan peramah di sini. Berbeza betul dengan personaliti cold bitch dia sekarang. Cuba ingat kembali waktu anda berjumpa dengan kawan buat pertama kali – ada kejanggalan sikit, ada malu-malu sikit.

Perubahan suasana seperti ini mengejutkan pemain dan otak kita jam sekejap, memproses apa yang sedang berlaku.

Macam adegan zirafah dalam Last Of Us (babak paling indah dalam sejarah video game!) dan persembahan muzik dalam Kentucky Route Zero (babak kedua paling indah dalam sejarah video game!) di mana pemain direntap keluar dari game itu, melegakan tension.

Saya pasti ada terma untuknya tapi saya tak tau apa. Mungkin ada perkataan Jerman. Schadaunzemekerngladbach ke apa.

Dalam babak flashback itu, pemain akhirnya diperkenalkan kepada Michael dan kita dapat lihat sisi Clarissa yang lain. Game ini nak kita mengasihani dan memahami Clarissa sebab kita akan menentukan nasibnya nanti.

Clarissa akan dirasuk oleh hantu-hantu pulau itu. Melalui Clarissa, mereka beritahu kepada Alex bahawa Alex dan kawan-kawannya boleh tinggalkan pulau itu dengan selamat dengan satu syarat: Alex harus pergi tanpa Clarissa. Clarissa akan dibawa ke alam lagi satu bersama hantu-hantu itu dan akan hilang daripada alam ini. Kewujudannya akan terpadam. Seperti tarikh hari lahir anda, tiada siapa akan mengingatinya.

Benda ni mengganggu saya. Kalau seseorang itu terpadam terus daripada kewujudan, itu jauh lebih tragis daripada kematian.

Di sini anda diberi pilihan untuk menyelamatkan Clarissa atau tidak. Adakah anda mahukan Clarissa hilang terus? Atau anda nak cuba menyelamatkan dia?


Selepas semuanya berakhir, Alex akan menceritakan tentang semua kawan-kawannya dan apa jadi pada mereka lepas tamatnya persekolahan. Dan anda sebagai Alex boleh pilih apa nasib anda sendiri.

Sedang Alex bercerita, satu glic berlaku lagi.

Kita rupanya masih tersangkut dalam loop masa. Alex yang bercerita tentang kawan-kawannya selepas pengalaman di Edwards Island tiba-tiba menjadi Alex yang belum melalui semua itu. Alex memulakan ceritanya dan kita kembali ke kotak pertama. Terperangkap dan terus mengulang benda sama. Benda ini berulang-ulang dan ulang-ulang dan ulang dan ulang…

Untuk menutup loop ini, anda harus main sekurang-kurangnya dua kali. Sebab bila game ini habis, dan anda kembali ke menu utama, anda diberi pilihan untuk “Continue timeline?” dan bukannya New Game. Maksudnya walaupun anda mengulanginya, game ini mengingati apa yang berlaku masa pertama kali anda main. Kalau anda nak mula dengan clean slate, tak ada rekod, anda harus pergi ke Options dan pilih “Start Over”.

Damn. Saya suka gila game ini. Masa saya mula main pun saya tau yang saya akan menyukainya.

Apa-apa yang ada unsur seram dan fiksyen sains, saya akan tertarik kepadanya macam seorang socmed influencer tertarik kepada trend internet…

Hadi M. Nor

Written by

Menulis tentang video game, filem, muzik, dan tengoklah mood hari tu macam mana. Post baru setiap Rabu dan/atau Khamis. Tengoklah mood hari tu macam mana.