Rock lewat 2000an, Pokemon vs Raymond Carver, dan Kekasaran Terhadap Wanita Dalam Karya Leopoldine Core

Saya tidur 4 jam je semalam.

1.

Saya dah layan album Billie Eilish When We All Fall Asleep, Where Do We Go dan saya rasa macam tersesat ke dalam hutan gelap di mana binatang-binatang buas sedang memerhati saya, menunggu masa untuk menyerang.

Album ini digelar Pure Heroine 2.0, sebab tu saya layan. Dari segi produksi, album ini lebih baik tapi come on la… Lorde ada vokal yang unik, lirik sedap, dan muzik raw. Macam mana nak lawan dengan imejan dalam lagu-lagu Lorde yang membelai rasa (“We’re hollow like the bottles that we drain”).

Album Billie Eilish macam kembar Lorde yang lebih jahat. Lorde ialah perempuan wallflower yang kau nak ajak keluar makan; Eilish pula awek club yang kau jauhi sebab dia bau macam ashtray.

Anyway, Bilie Eilish amat menakutkan. Jadi, saya dengar kembali band-band yang saya minat, tapi tak tergolong dalam “rotasi berat” masa sekolah menengah; jadi Blur, Oasis, Nirvana, Suede, Radio-(pro-Zionis)-head, dsb. tak kira.


Saya mula dengan Muse. Tak minat sangat lagu-lagu lama jadi saya dengar album baru - Simulation Theory. Tak ada pembaharuan. Mereka sama je macam dulu, cuma kini lebih dialed down dan tak sebising dulu. Maklumlah, dah tua. Tapi masih belum bosan melayan lagu “Plug In Baby”.

Lepas tu, The Killers. Sebelum ni, tak pernah perasan pula pengaruh The Smiths dalam lagu-lagu The Killers sampailah saya mula mendengar album-album lama mereka terutamanya lagu, “Smile Like You Mean It.” Boleh percaya kalau orang cakap lagu ni ditulis oleh Morrissey.

Kemudian, saya layan Paramore. Paramore tak pernah langsung ada dalam playlist saya mana-mana sebelum ni. Tapi baru-baru ni, saya terjumpa video Paramore main lagu “My Hero” Foo Fighters. Gempak gila. Terus jatuh cinta.

Mungkin saya lebih suka vokal Hayley Williams daripada lagu-lagunya. Tapi seperti Depeche Mode, saya just can’t get enough. Saya masuk ke dalam the Paramore rabbit hole.

Riot! adalah album mereka terbaik. Dan Brand New Eyes okey la.

Album 2017 mereka After Laughter agak sampah. Sangat janggal. Gedik tapi tak berseni (Apa pula “gedik berseni”? Janelle Monae). Album Paramore (2013) pula okey. Album ni macam Help! oleh The Beatles di mana kita boleh nampak yang mereka sedang berevolusi, sedang mencuba-cuba benda baru, sebelum jadi totally unrecognizable. Bezanya ialah The Beatles berubah dan menemui diri dan gaya masing-masing, manakala Paramore berubah menjadi pebendaentah.

Saya rasa Paramore cuba melawan usia. Sama macam The Killers dengan lagu “The Man” (2017) yang ada keyakinan dan semangat seorang pemuda. Tapi lagu “Smile Like You Mean It” tahun 2004 - yang deal dengan usia dan nostalgia - jauh lebih matang. Tiba-tiba lagu “The Man” macam budak. Sama juga Weezer dengan album Teal (2019) di mana mereka cover lagu-lagu lama. Ada vibe keremajaan artifisial. Depa cuba untuk rasa muda. Mengada.

2.

Tengah layan Pokemon XY sambil membaca kumpulan cerpen Raymond Carver. Cerpen-cerpennya beri kesan pelik kepada saya; ia mampu memalapkan cahaya ceria dalam otak saya. Sebab tu kena pasang Pokemon.

Lepas membaca cerpen Viewfinder yang mengisahkan seorang lelaki kehilangan isteri dan anak-anaknya cuba melawan rasa sunyi dengan berinteraksi dengan seorang jurugambar yang juga sunyi dan berakhir dengan si pencerita membaling batu-batu yang telah dibaling ke rumahnya sebagai simbol berontak, saya letakkan buku itu untuk tengok sikit Pokemon.

Dalam cerpen Viewfinder, bila ditunjuk gambar rumahnya dalam keadaan biasa, si pencerita berfikir, “why would I want a photograph of this tragedy?”

Lain dengan Jesse dan James Team Rocket (episod 002 “Pokemon Emergency!”):

JESSE
[looks a wanted poster of Jesse and James] A “wanted” poster. How flattering.
JAMES
This picture makes me look terrible.
JESSE
Then you should be happy the photographer captured the real you.
JAMES
Exactly.

Tapi ini Team Rocket lama. Team Rocket baru bosan! Lebih badut daripada villainy. Mengada.

By the way, dulu Meowth ada Brooklyn Jewish accent ke? Sebab dalam season ni cakap, “Oy!” la apa la.

3.

Saya juga sedang membaca When Watched oleh Leopoldine Core. Di bawah bahasa yang gila kemas dan penulisan A++, cerpen-cerpennya banyak memaparkan keganasan dan kekasaran terhadap wanita.

Cerpen Hog For Sorrow adalah tentang seorang pelacur — yang selalu dikasari dan dilayan macam objek — jatuh cinta dengan pelacur lain. Kerana mahu meniduri pelacur yang dicintai itu, dia meyakinkan seorang klien untuk membayar dia dan pelacur itu untuk melakukan seks untuk tontonan klien itu. Macam live show yang dipentaskan di Daerah Lampu Merah.

Core sentiasa mencari dan menyoroti keganasan. Detik intim dalam cerpen “Smiling” pun ada satu petikan yang buat kening saya terangkat:

“All you do is mock me,” she says.
“That’s what flirting is,” he says.
“I know,” she says. “It’s a violent act.”
Leopoldine Core — gambar dari laman web rasmi beliau.

Detik-detik lembut, mesra, dan aman dalam fiksyennya hanya boleh ditemui bila perempuan bersama perempuan. Dalam cerpen Chubby Minutes di mana seorang perempuan berangan pun ada bara kemarahan dan benci diri sendiri kerana dia berangan tentang seorang lelaki.

Sinikal? Pembenci lelaki? Masokis? Mungkin. Atau mungkin ini memang realiti seorang wanita: sentiasa berdepan dengan kekasaran kerana dunia ini, bak kata James Brown, ialah dunia lelaki.