Sepertinya, Kita Akan Selalu Ada

Kita diam, biar rasuk-rasuk bergema dalam kepala sendiri-sendiri. Ada senyum di bibirmu dan seorang budak lelaki sedang beronani dalam imaginasi. Mata galak miangmu menangkap pandangku dan janda berhias sedang resah mendesah di kangkangi jantan tak puas. Hidungmu menarik bau wangiku dan seorang perempuan teresak dinoda buat kesekalian kalinya. Rambut hitam mu alur ke tepi dan seorang lelaki sedang meraung sendiri tanpa bunyi. Kau, kekasih, anagram derita manusia yang terkumpul dalam genggam ku.

Kita tak perlu kata-kata- semuanya milik Tuhan. Janji untuk hidup kerana mati adalah mutlak, ialah janji yang selalu di mungkiri. Sepertinya, kita berdua sahaja jadi upah gadai bahagia manusia. Aku mahu melihat kau berulang-ulang, kekasih , seperti Tuhan yang melihat manusia berulang kali. Tidak peduli.