10 Perkara Percuma Terbaik di Berlin

Mempunyai bajet yang sikit di Berlin? Pakar tempatan kami ingin berkongsi tips untuk perkara yang percuma boleh dibuat ketika berehat di Berlin.

Bajet yang sikit ketika rehat di Berlin? Dari lawatan ke bandar hingga karaoke, terdapat banyak perkara percuma boleh di lakukan di ibu negara Jerman.

“Miskin, tetapi seksi!”

Motto ini ada maknanya tersendiri. Pertama sekali, kerana di Berlin terdapat sesuatu yang lebih kreatif daripada wang dan kedua, kerana terdapat banyak kemungkinan untuk berseronok dengan atau tanpa wang. Julia Graeff (Insider Jerman) memberikan senarai tip-tip utama untuk lakukan aktiviti percuma di Berlin.

1. Muzium

Berlin penuh dengan sejarah dan jika anda tertarik dengan sejarah yang terkini dan perpecahan Jerman, anda perlu melawat Galeri East Side dan Gedenkstätte Berliner Mauer.

Kedua-dua muzium ini terbuka untuk semua orang dan mempunyai memori perpecahan Berlin dan Tembok Berlin. Di Galeri East Side anda boleh mengagumi gambar yang dilukis oleh pelukis antarabangsa dimana mereka meluahkan rasa gembira akan kejatuhan tembok Berlin pada tahun 1989.

Untuk ke sana, anda hanya perlu berjalan di sepanjang Mühlestraße. Anda perlu bermula di (Stesen Kereta Api Timur) Ostbahnhof dan berjalan ke arah Warschauer Straße.

Gedenkstätte Berliner Mauer memberi fokus kepada penderitaan Jerman ketika perpecahan berlaku. Selain daripada pameran luaran, anda juga boleh melawat Geschützturm dan anda boleh mencari maklumat latar belakang yang terperinci dalam pusat pelawat.

Galeri East Side

Dimana? Di Mühlenstrasse antara (Stesen Kereta Api Timur) Ostbahnhof dan Stesen S-Bahn Warschauer Straße.

Bila? Bila-bila masa, tetapi lebih ideal datang pada waktu siang.

Gedenkstätte Berliner Mauer

Di mana? Bernauer Straße 119 (hampir dengan Stesen S-Bahn Nordbahnhof — Stesen Kereta Api Utara, stesen keretapi bawah tanah Bernauer Straße dan stesen trem Gedenkstätte Berliner Mauer).

Bila? Anda boleh melawat pameran luar pada waktu siang, semua tempat dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 9:30–18:00.

2. Berjalan dan lawatan sekitar bandar Berlin

Kini anda berada di bandar yang penuh dengan sejarah. Anda perlu tahu tentang tarikan yang paling penting, sebaik-baiknya tanpa perlu mengeluarkan wang. Pada masa yang sama anda mungkin bertemu rakan-rakan pelancong yang lain jika anda mengambil lawatan pelbagai Bahasa melalui Berlin, yang bermula di pintu Brandenburg yang terkenal.

Lawatan mengambil masa 3.5jam dan jangkaan 3 € tip untuk panduan pelancong. Titik pertemuan bermula di Starbucks bersebelahan dengan pintu pagar dan pelancong akan berhenti di semua tempat pelancongan utama di Berlin.

Sekiranya anda lebih suka berseorangan dan ingin memilih jalan anda sendiri, anda boleh memuat-turun fail MP3 untuk 27 tempat berbeza di Berlin. Anda boleh mendengar melalui smartphone atau tablet anda laporan daripada saksi peristiwa sejarah dan belajar semua fakta penting untuk semua tempat.

3. Karaoke Mauerpark

Anda ingin melakukan karaoke di luar? Di hadapan 1,000 orang? Di Berlin anda boleh lakukannya! Penyanyi boleh menunjukkan bakat mereka di amfiteater di Mauerpark.

Sekiranya anda hanya ingin mendengar, Cuma perlu sertai beratus-ratus orang yang menyertai acara ini setiap hari Ahad dan nikmati suasana malam yang indah. Bersebelahan pula terdapat pasar lambak lagenda Mauerpark. Jadi sekarang anda ada dua sebab untuk ke sana.

Di mana? Bernauer Strasse 63–64 (berdekatan dengan stesen trem Wolliner Straße dan stesen kereta api bawah tanah Eberswalder Straße)

Bila? Setiap hari Ahad 15:00–20:00

4. Pasar Lambak

Berlin mempunyai banyak pasar lambak, tetapi di kawasan bekas Reichsbahnausbesserungswerk (RAW) merupakan tempat yang menarik dengan bakat industri, seni jalan dan penemuan terbaik.

Di mana? Revaller Straße 99 (S-Bahn dan stesen kereta api bawah tanah Warschauer Str).

Bila? Setiap hari Ahad 9:00–19:00

5. Tarian

Pihak Clärchens Ballhaus telah disambut selama lebih daripada 100 tahun. Ia juga telah digunakan sebagai set filem untuk Inglourious Basterds, di mana Brad Pitt telah berlakon. Kerana terdapat pentas di sana untuk menari, ianya juga menawarkan kelas tarian secara percuma.

Di mana? Auguststraße 24 (berhampiran dengan stesen keretapi Hackischer Markt dan Oranienburger Straße)

Bila? Dibuka setiap hari dari jam 11:00

Pelajaran percuma untuk orang baru:

Isnin 21:00 — Salsa (dari muzik 21:30 Salsa)

Rabu 21:30 — Swing (dari 21:00 Swing muzik)

6. Tempat Keluar Bersiar

Crack Bellmer merupakan tempat yang kecil, tetapi sekurang-kurangnya tiada siapa perlu bimbang tentang pergerakan mereka kerana lantai tarian selalunya penuh dengan orang ramai. Ianya dibuka setiap hari dan DJ biasanya memainkan House or Deep, pada hari Jumaat (Vintage) dan Ahad (Electro Swing). Maklumat bagus: Minuman pertama anda memberikan satu euro kepada DJ.

Di mana? Di kawasan RAW, pintu masuk di hujung sudut Simon-Dach Straße dan Revaller Straße (trem dan stesen keretapi bawah tanah Warschauer Straße)

Bila? Dibuka setiap hari 19:00–05:00

7. Tempat Mandi Awam

Sekeliling Berlin terdapat beberapa tasik, kebanyakannya digunakan untuk berenang dan berjemur pada musim panas. Merupakan tempat yang cantik dan boleh diakses dengan pengangkutan awam (dan berjalan kaki) ialah Tegeler See di Utara Berlin (stesen kereta bawah tanah: Alt-Tegel) dan Krumme Lanke (stesen kereta bawah tanah: Krumme Lanke).

8. Lookout Points

Untuk mendapatkan idea saiz Berlin, anda perlu melihat beberapa tempat yang berikut untuk melihat permandangan cantik ibu negara Jerman.

Victoriapark

Victoriapark merupakan bukit tinggi 66 meter, yang menawarkan pemandangan indah daerah Berlin Mitted an Kreuzberg seta sebahagaian bekas lapangan terbang Tempelhof. Semasa anda berjalan menaiki bukit Victoriapark, anda boleh melihat air terjun bandar Berlin yang cantik.

Di mana? Kreuzbergstr. 62 (stesen trem Yorkstraße; stesen kereta bawah tanah Mehringdamm)

Bila? bila-bila masa

Kafeteria TU Berlin

Jika anda lebih suka menaiki lif daripada berjalan ke atas bukit, anda perlu pergi ke kafeteria Technische Universität Berlin. Ia berada di tingkat 20 dan anda akan melihat pemandangan yang mengagumkan dan mempunyai makanan yang murah.

Di mana? Ernst Reuter Platz 7 (stesen kereta api bawah tanah Ernst Reuter Platz)

Bila? Isnin hingga Jumaat 9:00–17:00

9. Taman

Berlin merupakan bandar hijau di mana anda boleh berehat dan menikmati kehidupan. Kebanyakan taman dibenarkan untuk membuat barbeku. Salah satu tempat yang menarik ialah Tempelhofer Freiheit (Tempelhof Freedom), kawasan bekas lapangan terbang Tempelhof.

Di kawasan ini yang lebih besar dari Monaco, anda boleh berjalan-jalan dan berjemur. Ia juga agak berangin, dan amat sesuai untuk bermain layang-layang. Di pintu masuk Oderstraße terdapat beberapa tempat barbeku.

Di mana? Tempelhof (kereta api bawah tanah dan stesen trem Tempelhof; stesen kereta api bawah tanah Leinestraße — dekat dengan tempat barbeku)

Bila? Taman ini dibuka 6:00–22:30

10. Siaran Langsung Muzik (Jalanan)

Berlin merupakan tempat yang menarik untuk mendengar persembahan muzik jalanan, tetapi anda juga perlu melihat Mauerpark, Monbijoupark dan Maybachufer, yang terkenal dengan pasar mereka sendiri (terutama pada hari Jumaat).

Tambahan: bonus tip khas!

Adakah anda suka menjugel dan mahu merasai perasaan berada di pantai dalam bandar? Anda perlu pergi ke Yaam, di mana anda mempunyai kawasan pantai yang luas, anda boleh mendapatkan peralatan untuk menjugel, dan bermain bola tampar pantai dan ping pong. Anda juga boleh mendengar muzik secara langsung dan mendapatkan makanan Afrika!

Di mana? Stralauer Platz 35 (Ostbahnhof — Stesen Kereta Api Timur)

Bila? Hari Rabu hingga Ahad dari tengah hari dan seterusnya