Kamera Terbaik Untuk Pelancong

Fikirkan saat-saat kita pergi bercuti sama ada untuk perniagaan dan mengisi masa lapang. Mungkin kita pulang ke rumah untuk berhubung semula dengan keluarga dan rakan yang telah kita tinggalkan selama kita berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita mengelilingi dunia. Kita boleh merancang untuk meninggalkan hutan konkrit selama beberapa hari untuk ke sebuah tempat yang bahasanya kita tidak fahami dan lihatlah apa yang akan terjadi

Dalam apa-apa acara, terdapat kemungkinan besar kita inginkan gambar untuk mengabadikan sesuatu peristiwa dan membuatkan rakan sekerja yang skeptikal berasa kagum dengan tempat tinggal kita yang hebat. Kita juga mungkin akan mencapai telefon pintar secara tidak sengaja setiap kali kita merasakan yang kita perlu mengambil gambar. Walaubagaimanapun, adakah ia pilihan terbaik untuk mengumpulkan keluarga dan rakan-rakan untuk senyum ke arah sebuah objek yang kita selalu gunakan untuk mengambil gambar selfie dan gambar candid orang yang tidur di subway? Inilah masanya untuk kita mula memikirkan tentang sebuah kamera yang sememangnya dicipta khas untuk pelancong.

Macam mana dengan kamera pada telefon pintar saya?

Lainlah kalau kita menggunakan telefon pintar perdana terkini seperti iPhone 6 atau Samsung Galaxy S6, telefon pintar kita mungkin tidak mampu untuk menghasilkan imej yang berkualiti pada keadaan persekitaran yang tertentu seperti pencahayaan yang malap dan imej aksi. Pada masa kini, kita boleh mengatakan yang kamera telefon pintar sudah mencapai tahap di mana kita boleh mengambil imej yang jelas. Namun begitu, realitinya, peratusan kamera telefon pintar yang semakin tinggi tidak mampu untuk menghasilkan gambar seperti yang diiklankan. Kebanyakan imej dalam iklan promosi telah diedit oleh para professional menggunakan perisian canggih yang tidak terdapat dalam telefon.

Sangat sukar untuk mencari telefon pintar yang boleh merakamkan setiap perincian, tapi agak mudah bagi kita untuk mencari kamera digital sebenar yang mampu menghasilkan gambar berkualiti dengan kos yang tidak terlalu besar. Kita akan mendapat kelebihan daripada segi sensor imej yang lebih besar, komponen dalaman komputer yang lebih baik dan kawalan yang lebih menyeluruh terhadap imej yang dihasilkan. Yang penting, kita cukup berani untuk menghentikan fungsi default yang mengambil gambar dalam mode ‘full auto’.

Point-and-Shoot Cameras — The “One Size Fits Most” Solution

Imej pertama kebanyakan orang fikirkan apabila teringatkan kamera digital adalah kamera point-and-shoot (tunjuk dan tangkap). Sesuai dengan namanya, kamera seumpama ini dicipta dengan menumpukan kepada ciri-ciri mesra pengguna. Apabila kita mendapat satu set keperluan asas, kita terus boleh mengeluarkan kamera dari poket dan menggunakannya untuk menangkap gambar pada bila-bila masa di mana jua.

Walaupun tahap kebolehan setiap model kamera berlainan, mereka biasanya mempunyai beberapa persamaan. Contoh seperti di bawah:

External LCD Viewfinder

8.0–21.0 Megapixel Image Sensors

Quality Optical Zoom Range with Extended Digital Zoom

Optical Image Stabilization

Reusable Storage Media (Such as SD Cards)

Full HD Video Recording Capability (1080p)

Rechargeable Batteries

USB Data Transfer Cables

Wi-Fi Enabled untuk Berkongsi Gambar di Media Sosial

Wifi Percuma adalah satu lagi fungsi penting bagi ramai pengguna kamera. Setelah bertahun-tahun telefon pintar berinternet menjadi satu-satunya alat yang boleh menangkap gambar terus dimuatnaik ke media sosial, kamera digital mula menunjukkan persaingan untuk membolehkan penggunanya melakukan perkara yang sama, malah dengan gambar dengan kualiti yang lebih baik.

Adakah kita memerlukan sesuatu yang tahan cuaca dan kalis air? Bagaimana pula dengan zoom yang lebih panjang atau kebolehan menangkap gambar dalam suasana malap? Inilah antara fungsi lain yang disediakan oleh syarikat-syarikat besar seperti Sony, Canon, Nikon, dan Kodak. Yang paling menariknya, produk mereka dijual dengan harga antara $99-$299 yang pastinya tidak akan terlalu menjejaskan akaun bank kita.

DSLRs / Interchangeable Lens Cameras — For Power User

Jurugambar professional tidak akan meninggalkan rumah tanpa beg DSLR. Mereka membawanya dalam beg tote yang diisi dengan beberapa pilihan lens, bateri lebih, kad memori, kain lens, dan mungkin juga tripod meja boleh lipat. Hal ini membolehkan mereka mengambil gambar dengan perincian yang halus, bahkan mampu mengambil gambar professional pada tahap kualiti majalah.

Untuk mencapai tahap kualiti tersebut, kita biasanya perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit dan berjam-jam untuk menelaah buku-buku dan material latihan online untuk menguasai setiap model kamera DSLR. Ramai yang mendapati, pilihan ini memakan kos yang tinggi dan terlalu rumit berbanding dengan pengalaman tunjuk-dan-tangkap.

Walaubagaimanapun, dalam barisan model prosumer (producer and consumer) dan pengguna adalah barisan yang mempunyai penyelesaian DSLR semua-dalam-satu yang ditawarkan oleh banyak syarikat utama seperti yang dinyatakan sebelum ini. Semua model ini lebih besar dan sesuai untuk digantung pada leher daripada diletakkan ke dalam poket, tetapi masih lagi saiz yang sesuai untuk pelancong. Model DSLR ini boleh dimiliki dengan harga $399.90 hingga $599.99. Mereka menggabungkan fungsi mesra pengguna dan kamera tunjuk-dan-tangkap dengan hasil yang professional seperti kamera pelbagai lens prosumer.

Contoh yang baik adalah Canon Black EOS Rebel T5. DSLR yang boleh didapati di kedai-kedai dan secara online termasuk dengan sebuah lenz zoom 18–55mm pada harga $400. Hasilnya melangkaui imej kamera tunjuk-dan-tangkap tipikal. Mungkin, kita boleh menonton tutorial YouTube untuk lebih memahami kamera seperti ini, tetapi pada zaman bateri boleh tukar dan stor penyimpanan pun boleh diguna semula, kos mempelajari DSLR asas menghampiri 0.

Kamera Terakhir Yang Disyorkan

Semuanya bergantung kepada kesesuaian masing-masing. Sebahagian mungkin sudah mempunyai telefon dengan kamera yang baik tetapi tetap memilih satu titik dan mengambil gambar dengan kamera kerana mereka mempunyai telefon lain untuk travel. Jika kita ingin bercuti seperti minimalis yang membawa barangan seminimum mungkin, telefon bimbit adalah satu-satunya gajet yang diperlukan. Jika kita inginkan kamera yang menangkap gambar dengan kualiti HD, kita boleh memilih kamera DSLR yang berkualiti. Nasib kita baik kerana banyak kamera berkualiti menawarkan pelbagai fungsi untuk membolehkan kita mengabadikan detik-detik bermakna dalam gambar betul-betul seperti cara kita mengingatinya. Banyak kamera digital kecil seperti telefon pintar dan senang disimpan di dalam poket, sedia digunakan untuk mengekalkan pengembaraan semasa musim cuti dalam bentuk gambar.

Baca Juga: Lebih 120 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Harus Kunjungi