Kisah suatu petang

Di sebuah restoran di ibu kota, kami telah dipanggil untuk berjumpa seorang inventor.

Inventor: Terima kasih kerana sudi datang berjumpa saya. Saya ingin jelaskan bahawa tujuan saya panggil kamu datang berjumpa adalah untuk bertanyakan beberapa soalan yang sangat rahsia, tidak boleh ditanya melalui telefon atau emel. Tetapi yang pastinya ialah saya tidak akan memfailkan paten melalui kamu.

Kami: Baiklah. Apa soalannya?

Inventor: Ada satu sistem yang ada di dalam pasaran sekarang, tetapi saya takkan beritahu sistem apa kerana ianya rahsia. Saya telah membuat satu penambahbaikan dengan mencipta satu komponen baru untuk menggantikan satu komponen di dalamnya.

Kami: Apakah kelebihan menggunakan komponen baru tersebut?

Inventor: Tiada sebarang kelebihan, komponen tersebut berfungsi sama dengan komponen yang asal.

Kami: Adakah komponen baru menggunakan bahan berlainan, mungkin lebih mudah didapati atau lebih murah?

Inventor: Pertama, saya tidak tahu sama ada bahan di dalam komponen baru sama atau berbeza dengan bahan di dalam komponen yang sedia ada. Kedua, sekiranya berbeza, saya tidak mahu beritahu sesiapa bahan di dalam komponen baru. Saya panggil kamu ke sini untuk saya bertanya soalan, bukannya untuk kamu bertanya soalan.

Kami: Baiklah.

Inventor: Baiklah apa?

Kami: Baiklah, tanyalah soalan itu.

Inventor: Saya rasa semua persoalan saya dah terjawab. Semua minum petang ini saya belanja. Saya kena jumpa orang lain pula selepas ini. Saya pergi dulu.


Anggaplah cerita di atas tidak ada kena-mengena antara orang yang hidup atau telah meninggal dunia. Sekadar bahan bacaan di petang hari.

One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.