Sesuatu yang baru…
Sudah semacam rutin setiap tahun baru, ada saja yang mahu ku ubah. Atau mungkin, bukan sekadar tahun baru, di hari2 minggu juga pasti ada yang ku ubah. Paling kerap, buku yang ku baca. Paling lama, dekorasi kamar sendiri. Paling kekal, wacana pada minda dan hati. Sesak sekali.
Cuma ada satu yang susah ku ubah. Berkongsi rasa. Menjadi orang yang tidak pandai berkongsi rasa, memaksa ku menumpahkan pada segala medium yang bukan manusia sifatnya. Pada kertas, pada tinta, pada sketchbook ataupun pada nota2 di telefon. Yang nantinya, bila ku format, hilang juga semua.
Tahun ini, ku cuba untuk menjadi seorang yang menghimpun tulisan dan lukisan pada satu tempat. Menulis pada satu tempat. Melukis juga pada buku, bukan lagi pada kertas yang nantinya akan hilang berterbangan. Hilang kemana juga tidak tahu.
Tiba2 ku jatuh cinta pada medium. Namanya saja satu medium. Medium berkongsi fikiran. Disini. Mungkin juga berkongsi rasa. Yang mungkin akhirnya jadi satu bentuk media.