RENCANA INDIVIDU: HUTAN PAYA BAKAU MAKIN TERANCAM DAN PUPUS

--

NUR HAZIQAH JASMANI (133230)

Alam sekitar Malaysia sekarang tidak berada dalam keseimbangan lagi. Selepas sumber semula jadinya dirosakkan selama lebih seabad, kesan yang dialami ternyata dpat dilihat dalam bentuk lereng bukit yang digondolkan, sungai yang dicemari, spesies yang terancam dan mengalami kepupusan, udar yang busuk, bekalan makanan dicemari dan perubahan iklim. Pengenalan spesies eksotik seperti getah, kelapa sawit telah merubh lanskap Malaysia untuk selamanya kerana hutan hujan tanah rendah, hutan bakau, tanah lembap dan habitat lain telah lenyap kerana memberi laluan kepada tanaman ekonomi. Pada akhir tahun 2013, kawasan berhutan di Semananjung Malaysia merangkumi 5.83 juta hektar atau 44.2 peratus daripada jumlah keluasan tanah seluas 13.18 juta hektar. Daripada jumlah ini, seluas 4.85 juta hektar atau 83.1cperatus telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara, 1984.

Salah satu jenis hutan yang aktif di Malaysia ialah Hutan Paya Laut atau lebih dikenali Hutan Paya Bakau. Hutan Paya Bakau merupkan ekosistem yang paling produktif dan unik. Hal ini demikian kerana Hutan Paya Bakau berkebolehan untuk membesar dan beradaptasi di bawah keadaan air masin yang tinggi.

Menurut Pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Norizah Kamarudin, Hutan Paya Bakau berperanan penting dalam melindungi kawasan pantai dan muara sungai, mencegah hakisan oleh ombak dan angin serta menambahkan kelusan kawasan darat.

“Hutan Paya Bakau merupakan tempat pembiakan bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti keta, ikan, udang dan lain-lain di samping habitat hidupan liar seperti monyet, ular, biawak dan burung-burung hutan”, kata beliau.

Tambah beliau lagi, kehidupan dan rezeki kaum nelayan dan petani di pinggir pantai amat bergantung kepada sumber semulajadi dari hutan paya bakau yang wujud kini.

“Malangnya, pembangunan yang berleluasa telah menyebakan sebahagian besar dari hutan paya bakau di negara kita telah dimusnahkan dan telah menyebabkan pencemaran di persekitarannya dan rezeki para nelayan yang bergantung kepada sumber paya bakau telah terancam”, tambah beliau dengan lebih lanjut.

Menurut seorang nelayan di Pantai Leka, Parit Jawa Muar Johor, Shariff Ahmad, beliau menyatakan hasil tangkapan ikan beliau merosot sehingga 60 peratus sejak tiga tahun lalu akibat aktiviti pengorekan pasir dan pembangunan di sekitar pantai tersebut.

“Sejak tiga tahun kebelakangan ini, kadang-kala sehingga 20 kapal korek datang dalam satu masa menyebabkan peralatan menangkap ikan seperti kelong dan bubu rosak,” kata nelayan berusia 60 tahun itu ketka ditemui.

Tambah beliau lagi, terdapat spesis ikan yang tidak lagi dapat ditangkap seperti ikan timah kerana keadaan air laut yang menjadi kotor dan membuatkan ikan tidak lagi membiak di kawasan persisir pantai tempat beliau mencari rezeki.

Jelas Dr Norizah, di negara Indonesia, hutan paya bakau Indonesia memainkan peranan penting di dunia. 15.2 juta hektar hutan bakau di 124 negara tropika dan subtropika, 21 peratus daripadanya berada di Indonesia.

“Hutan paya bakau di Indonesia amat dikehendaki sebagai kawasan perlindungan termasuklah dengan menggunakan skim ekosistem yang penting”, jelas beliau mengenai hutan paya bakau di negara jiran.

Berbeza dengan Myanmar, Dr Norizah berkata bakau telah hilang dalam kejadian yang belum pernah terjadi. Hal ini demikian kerana, Kadar penebangan hutan di negara ini adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.

“Menurut U Htay Lin, setiausaha Rangkaian Perkhidmatan Hutan Bakau di Myanmar, sebuah organisasi alam sekitar yang berpusat di Yangon telah berkata bahawa hanya 20 peratus dari bakau di Delta Irrawaddy yang masih ada manakala kebayakan yang lain telah dibersihkan untuk tujuan akuakultur atau sawah padi”, kata Dr Norizah.

Jelas beliau lagi, pada tahun 2003, Jabatan Perhutanan Malaysia melaporkan hanya 564,971 hektar (ha) hutan bakau di Malaysia. Dalam dua dekad lepas lebih kurang 20 peratus hutan bakau hilang

“Secara amnya, di Malaysia antara tahun 1980–1990 dianggarkan 12 peratus hutan bakau hilang, manakala di Johor pula dari 1955–1998 sahaja lebih kurang 46 peratus hutan bakau telah musnah. Pertukaran kawasan hutan bakau untuk pembangunan sejak 50 tahun dahulu di kebanyakan negara membangun menyebabkan”, ujar beliau.

Tambah Dr Norizah lagi, hutan bakau juga terancam oleh pencemaran bahan kimia yang datang dari darat dan laut. Antara bahan kimia penting ialah logam berat.

“Logam berat seperti tembaga, zink, kadmium, plumbum dan besi telah dikatakan bahan logam tersebut. Oleh kerana aktiviti timah di Perak misalnya, kandungan timah dalam daun bakau dan di permukaan lumpur kawasan hutan bakau dan muara sungai agak tinggi daripada lazimnya seperti yang dilaporkan dalam jurnal The Science of the Total Environment 1979”, kata beliau.

Namun begitu, beliau mengatakan tiada kajian terperinci berkaitan kemampuan pokok bakau menghadapi pencemaran bahan kimia yang semakin bertambah akibat pembangunan yang pesat dan aktiviti manusia. Kajian pernah dilakukan sejak tahun 70-an kerana ingin melihat kesan pelombongan bijih timah dan kepentingan dalam aktiviti pertanian tetapi tidak dapat dilihat dengan jelas dan kandungannya masih rendah walaupun terdapat sampel yang menunjukkan kandungan tinggi dan perlu diberikan perhatian dari segi sumber pencemaran dan kesan kepada ekosistem hutan bakau serta rancangan pengurusannya.

“Kajian perlu diteruskan kerana bakau mempunyai sifat adaptasi istimewa dengan akarnya yang mampu menapis garam air laut dan mengeluarkan garam melalui daun. Ekosistem hutan bakau yang kompleks juga menjadi makmal terbaik untuk melihat keperluan asas hidupan, pemindahan tenaga dalam jaringan makanan dan kebergantungan manusia kepada hutan bakau”, kata beliau.

Meneliti mengenai punca kepupusan hutan bakau di Malaysia iaitu pembangunan yang berleluasa, Dr Norizah berkata di Indonesia, perkembangan sektor akuakultur yang semakin besar di seluruh pulau di negara itu.

“Perkara ini telah berlaku dalam tiga dekad yang lalu, 40 peratus hutan bakau di Indonesia telah rosak, akibat akuakultur di mana setiap tahun, 52,000 hutan bakau Indonesia hilang yang bersamaan dengan kawasan kota New York di AS dalam tempoh 18 bulan,” jelasnya.

Menurut seorang penternak udang harimau, Karim Hassan, ketika awal perniagaanya ingin membangun, beliau telah dimarahi oleh para nelayan dan penduduk setempat kerana akan menjadi punca pencemaran air laut dan kepupusan pokok bakau yang berpunca daripada jeriji besi yang digunakan untuk membuat sangkar udang harimau.

“Saya mengambil inisiatif merujuk kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Muar mengenai perkara ini dan pihak LKIM tidak boleh melarang penternak menghentikan ternakan saya kerana tidak mempunyai bukti yang jelas mengenai perkara tersebut”, jelas beliau.

Kata Dr Norizah lagi, pokok bakau sangat unik mempunyai sistem akar yang kuat, sifat batang dan daun yang istimewa mampu beradaptasi untuk terus hidup di dalam habitat yang menerima air pasang surut air laut. Keadaan kawasan pasang surut berlumpur yang lembut berselut dan cetek menyokong sistem akar bakau yang pelbagai jenis.

“Pokok-pokok bakau sebagai penghalang angin dan ombak besar secara semula jadi seperti tsunami, menghalang air masin masuk ke sungai dan tanah pantai, mengitar semula nutrien dan menapis bahan toksik secara semula jadi, membekalkan sumber hutan seperti kayu bakau untuk bahan bangunan, bahan api dalam bentuk arang kayu, produk pokok bakau untuk perubatan, dan produk lain seperti madu dan sebagainya” katanya.

Mengulas lanjut langkah dan cara yang harus dilakukan oleh semua pihak bagi memelihara hutan paya bakau, Dr Norizah berkata rakyat Malaysia amnya dan kaum nelayan khasnya mengambil tindakan tegas untuk melindungi hutan paya bakau dari terus dimusnahkan.

“Masyarakat boeh menggesa pihak berkuasa meluluskan sebarang rancangan ternakan udang secara besar-besar yang baru sebelum suatu dasar yang dapat melindungi hutan paya bakau dibentuk”,kata beliau.

Tambah beliau, pihak kerajaan harus meminda akta tentang keperluan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi pembukaan kolam udang, iaitu kesemua kolam udang secara besar-besaran harus menyediakan laporan EIA sebelum ia dapat diluluskan oleh kerajaan negeri. Tanpa kelulusan laporan tersebut dari Jabatan Alam Sekitar, projek tidak boleh diluluskan.

Keadaan pesisir pantai di Pantai Leka, Parit Jawa di Johor yang mengalami hakisan yang teruk dan menjadi tempat longgokan sampah apabila air laut surut.

--

--

PEMBERITAAN ANTARABANGSA: KUMPULAN 5
0 Followers

Segala penulisan hanya untuk memenuhi tugasan akademik sahaja.