BANGI, 6 Mac : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah berharap agar DUN Bangi dapat mengoptimumkan amar maaruf nahi mungkar.

Berucap dalam merasmikan program Himpunan Pendakwah Bangi 2016, beliau menegaskan agar nahi mungkar seperti kes khalwat, zina, judi, minum arak dan nombor ekor dapat dibanteras dengan serius.

“Kita berharap agar masjid dan surau di DUN Bangi dapat menjadi kuasa ketiga yang akan mengurangkan kes-kes maksiat di DUN Bangi.”

http://pas.org.my/mpadun-selangor/7805-memperkasa-amar-maaruf-nahi-mungkar-di-bangi