A.

Loghat-nya khianat. Dia orang seberang walaupun dia cuba nak tiru stail borak orang sini. Bila dengar tak boleh nak tahan diri dari rasa kelakar. Cuma terpaksa bergelut dengan rasa bersalah sebab gelak depan keluarga mangsa yang dia bunuh. Aku harap dia orang tak dengar. Barangkali dia orang tak dengar. Susah nak dengar bila setiap orang dalam bilik beria menangis.

Air mata. Aku paling malas nak hadap benda-benda begini. Kalau ia boleh selesaikan masalah okay. Tapi berkali-kali aku belajar yang air mata sekadar menyusahkan. Ia kaburkan rasionaliti dan lebihkan yang remeh. Proses yang ambik cuma 2–3 langkah terpaksa dipanjang, dilebar & diserongkan. Aku siasat jenayah, bukan buat jalan.

Kalaulah rakan sekerja aku kongsi viewpoint yang sama mesti sekarang kita orang kat luar dan bukan terperap kat sini. Tapi mood Romeo dia mana kenal jam kerja — setiap kali nampak perempuan & ah, kau-tahu-apa, mesti dia start M.O dia. Macam elektrik jumpa air.

Kalau bunoh orang bukan jenayah, dah lama dia makan peluru aku.

Show your support

Clapping shows how much you appreciated shvmbk & hal-hal korup’s story.