Lihat, Dengar & Rasakan

Sudah jadi norma kehidupan kita mendengar,melihat dan melalui pelbagai situasi hidup. Ada masa dan ketika sesuatu situasi melibatkan orang-orang di sekeliling kita dan mungkin memberi kesan langsung kepada kita.

Apa lagi bila orang yang terlibat tu semuanya kawan kita. Memang akan ada yang dipersalahkan, tapi mau tidak mau bila masalah tu bukan berkaitan dengan diri secara langsung terpaksalah bersikap neutral semampu yang mungkin.

Biasanya bila masalah melibatkan dua individu dan kita menjadi orang yang mendengar, kita akan rasa sangat-sangat tersepit.

Bukanlah bermaksud luahan itu yang membebankan tapi sebagai pendengar terpaksa menjaga hati kedua-duanya atau mungkin sampai empat lima orang. Mau lebihkan satu orang pun tidak boleh juga.
Nanti silap percaturan diri sendiri lagi yang bermasalah dengan kawan-kawan tadi tu.

Apa lagi kalau si pendengar yang diajukan bermacam-macam soalan. Biarpun kita mungkin tau jawapan untuk soalan tu, tapi tidak semua persoalan tu harus dijawab. Takut nanti makin bertambah konflik yang ada. Kan bagus tanya sendiri dengan tuan punya badan.

Apa lagi kalau A cakap B salah, tp B pula cakap A salah. Tu belum lagi kalau ada si C,D,E dan seterusnya.

Memang jelas siapa salah, tapi kejadian yang sudah berlalu tu biar la berlalu. Kalau A tidak boleh terima apa yang B buat, tu hak dia. Kalau B memang salah, akui lah. Tiada gunanya cuba menutup kesalahan tu dengan menyalahkan orang lain.

Dan kalau betul anggap pendengar tu sebagai kawan tolong lah jangan putar belitkan cerita sebenar. Macam mana mau tolong kalau tidak tau asal mula cerita.

Rasanya setiap orang memilih untuk disakiti dengan kebenaran daripada diguris dan dilukai dengan penipuan di kemudian hari.

Rasa tertipu tu boleh mengikis kepercayaan yang ada tauu.

Tapi memang tidak dinafikan ada sesetengah perkara tu lebih baik dibiarkan menjadi tanda tanya.

Jadi yang sudah berlalu tu biarkan lah berlalu sebab tiada orang lain pun yang paksa kita buat keputusan tu.

Orang bilang hidup ni terlalu singkat untuk disia-siakan.

Like what you read? Give Romeo Papa Juliet|RPJ a round of applause.

From a quick cheer to a standing ovation, clap to show how much you enjoyed this story.