Kedai pertama…

Kedai seakan2 country design (nama dirahsiakan)

Kedai ni memang provide servis pemasangan untuk korang2 yg sukakan style2 country ni. Tapi yang x bestnya, dia cuma buat perabot je, so kalau korang nak buat tiles ke, piping ke, selain daripada pemasangan perabot, memang kene charge lebih. x pun, korang carik la tukang simen sendiri, tapi dah banyak kerja la pulak korang. memang berat hati daripada mula2 lagi, tapi since husband cakap boleh, aku ikut je.

So malam tu, konon2 nak pergi taruk deposit. dan2 la akak salesgirl yg construct kitorang aritu off day. pastu iktorang double check balik jenis kabinet yg kat showroom tu, balik tu terus ubah fikiran. ye la, da pandai sikit kan. da research, da banyak tanye, da banyak google. consultation dari segi peletakan barang pun da dpt free (eheh).. hope akak x marah la ye kitorang x jadik beli. hihi

dari segi harga, pun macam agak mahal laaa, untuk rakyat marhain macam kami ni.. hihi.. sebab tu la hati ni berat.. lagipun dapur kami ni kecik jer, lain la kalau rumah kami rumah leisure farm ke, rumah landed ke… eheh

dari segi material pula, mereka menggunakan sepenuhnya material kayu semangkuk. kayu semangkuk ni memang jenis paling bagus, katanya. tapi setahan2 kayu pun, bape lama boleh tahan kalau kene air kan….. dari segi design, memang x mengecewakan.. diorang siap rekakan untuk korang, even korang nak tukar2 keputusan last minit pun diorang boleh bukak balik. cumenye, diorang x kan lukiskan dulu draft dapur tu selagi korang x taruk deposit RM500.. so, aku pun x taruk dulu la, walaupun arkitek(ceh) tu da dtg rumah amek ukuran. hati sgt kering time tu huhuhu

Show your support

Clapping shows how much you appreciated Kayla Sunshine’s story.