ISTILAH “TOO GOOD TO BE TRUE” BETUL ATAU SALAH?

Khairil Hadi
Nov 7 · 7 min read

Istilah “Too Good To Be True” atau dalam bahasa melayu kira-kira “Terlalu Inda Untuk Dipercaya” adalah satu istilah dalam masyarakat kita yang sudah menjadi sinonim dalam kehidupan sehari-hari apabila sesuatu hal yang baru yang mungkin sukar untuk kita terima hakikat bahawa hal tersebut boleh merubah cara kehidupan kita di masa kini dan akan datang. Sebagai contoh banyak peluang perniagaan yang menawarkan sesuatu yang baru dan berinovatif dari segi teknik serta plan pemasaran yang canggih. Oleh kerana mindset kita yang sudah terbiasa dengan istilah itu, maka agak sukarlah untuk menerima tawaran tersebut malah ada yang menolak secara mentah-mentah tanpa menilai atau mengkaji terlebih dahulu. Ini mungkin kerana pengalaman buruk yang pernah terjadi sebelum ini dengan tawaran yang serupa walaupun pada hakikatnya tidak sama.

Pengalaman buruk itu akhirnya menjadikan budaya isitlah “Too Good Too Be True” dijadikan senjata untuk membunuh semua jenis tawaran perniagaan yang ada agar dilabelkan sebagai sesuatu yang tidak baik dan salah. Ini adalah satu kesilapan yang besar dan budaya seperti ini haruslah tidak boleh diteruskan kerana peralihan zaman memungkinkan sesuatu perkara itu boleh dilakukan tanpa diduga dan disangka oleh fikiran manusia secara amnya. Dan perkara yang dahulunya yang tidak mungkin sudah pasti tidak mustahil dapat dilakukan pada masa kini kerana peralihan teknologi yang semakin hari semakin berkembang maju. Sebaliknya jadikanlah istilah itu sebagai satu sensor atau penapis untuk bertindak lebih berhati-hati dan mencari tahu lebih mendalam tentang tawaran yang diajukan terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dengan tawaran tersebut.

Memang terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil apabila kita mendeteksi adakanya potensi tawaran yang mempunyai istilah “Too Good To Be True” tersebut. Dan kriteria ini bisa digunakan untuk semua jenis tawaran perniagaan dan jika lulus dari kesemua kriteria tersebut maka boleh disahkan ianya adalah “It’s Really Good To Be True” dan jika kriteria itu tidak terpenuhi malah butiran yang didapat sangat tidak jelas maka itu sudah sepatutnya disingkirkan dan tidak perlu diteruskan untuk dikaji apalagi diikut-sertai dalam perniagaan tersebut.

Coba kita lihat sejarah Bitcoin, ketika ianya ditawarkan kepada orang ramai tentang aset dengan potensinya terhadap ekonomi dunia, siapakah yang akan menyangka bahawa Bitcoin yang tadinya hanya bernilai beberapa sen Dollar Amerika kini melonjak sehingga ribuan Dollar Amerika. Pertanyaannya, berapa ramai yang ketika itu mempunyai fikiran dan berandaian “Wah! Ini Too Good To Be True”? Saya yakin ada di antara anda yang membaca artikel ini adalah salah satunya, bukan? Yah! Termasuklah diri saya sendiri. Tapi pada hakikatnya Bitcoin telah membuktikan bahawa ianya adalah benar-benar “Good To Be True” dan ramai juga yang mengambil peluang tersebut pada awalnya, kini sudah menjadi kaya raya atas keyakinan mereka terhadap tawaran yang berpotensi tersebut. Tetapi ramai juga yang akhirnya berputih mata dan menggigit jari kerana tidak mengambil peluang tersebut. Ada pula yang telah nampak bukti ketika proses kenaikan harga Bitcoin tetapi masih tidak peduli dan tidak mengambil kesempatan untuk ikut serta atau sekadar mengambil bahagian dalam proses sejarah fenomenal tersebut.

Kini ramai pula yang menanti apakah peluang seperti Bitcoin akan berulang lagi? Mungkin ada tetapi tidak tahu bila dan apakah peluang itu? Banyaklah coin-coin baru yang bermunculan sehingga ribuan yang ada dipasaran namun tidak ada yang dapat menandingi nilai yang ditawarkan oleh Bitcoin. Sebenarnya apa yang ditawarkan oleh Bitcoin adalah satu fenomena yang agak sukar untuk ditemukan kesempatannya. Dan ianya hanya terjadi sekali dalam seumur hidup. Jikapun ada fenomena itu akan terjadi untuk peluang yang lain pula. Maka jangan berputus asa, teruslah mencari sehingga anda menemui peluang dan kesempatan tersebut kerana jika tidak maka anda akan sekali lagi terlepas sesuatu yang mungkin dapat merubah nasib dan kehidupan anda dan menjadikannya sesuatu penyesalan yang besar dalam hidup anda.

Gunakanlah istilah “Too Good To Be True” sebagai pagar bukannya benteng di mana pagar itu hanya bertindak untuk menahan agar apapun perkara atau tawaran yang datang dapatlah ditahan terlebih dahulu lalu dinilai dan dikaji secara mendalam kemudian diuji akan kebenarannya sebelum membuat keputusan yang besar dan menceburkan diri secara lebih jauh lagi dalam tawaran tersebut. Berikut ini saya berikan beberapa kriteria yang patut diambil kira apabila istilah “Too Good To Be True” itu terdeteksi oleh anda. Kriteria itu adalah seperti berikut:

  1. Pastikan Syarikat adalah sah, dan telahpun berdiri dan mempunyai dokumen berdirinya syarikat tersebut.
  2. Pastikan siapa pemilik syarikat tersebut dan selidikilah latar belakangnya.
  3. Pastikan tentang produknya, apakah ianya berkualiti dan halal untuk digunakan.
  4. Pastikan bukti tentang kebenaran bagi produk-produk yang ditawarkan seperti kebenaran kesehatan dan sijil halal bagi produk makanan, kesehatan dan sebagainya.
  5. Pastikan sistem pemasaran yang ditawarkan tidak bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
  6. Pastikan sistem pemasaran tidak becanggah dengan hukum syariah.
  7. Pastikan sistem pemasaran tidak ada unsur subhah atau unsur-unsur riba dalam pemberian keuntungan atau bonus.
  8. Pastikan sistem pemasaran tidak ada unsur manipulasi dan boleh menimbulkan kerugian terhadap para ahli atau peniaga.
  9. Pastikan sistem pemasaran adalah adil bagi setiap ahli atau peniaga.
  10. Pastikan sistem pemasaran yang mudah difahami dan dijalankan oleh para ahli atau peniaga.
  11. Pastikan kemudahan dalam penerimaan keuntungan seperti bonus atau reward.
  12. Pastikan untuk mendapatkan informasi yang transparan dari pihak Syarikat atau perwakilan dari pihak Syarikat.
  13. Lihat bukti-bukti keuntungan yang diterima oleh para ahli yang terlebih dahulu ikut serta dalam perniagaan tersebut.

Itulah beberapa di antara kriteria yang harus anda ketahui dan ambil perhatian. Lakukanlah kajian terlebih dahulu terhadap tawaran perniagaan tersebut sebelum mengambil tindakan untuk menceburkan diri di dalamnya. Hubungilah mereka yang menawarkan perniagaan tersebut dan tanyalah soalan sesuai dengan kriteria yang sudah saya senaraikan di atas. Jika semua soalan dijawab dengan memuaskan dan bukti-buktipun telah didapatkan dari mereka, apa salahnya anda mencoba dan lakukanlah dengan bersungguh-sungguh dan kini giliran anda pula yang membuktikan bahawa apa yang anda ceburi itu tidak sia-sia malah dapat memberikan manfaat pada diri anda.

Oh, ia, satu hal yang perlu anda ambil perhatian juga adalah apabila anda ikut serta dalam satu-satu tawaran perniagaan adalah sebaiknya mencoba tawaran pakej yang rendah terlebih dahulu, jangan tergiur dengan tawaran keuntungan yang besar, ini adalah untuk mengelakkan dari risiko yang tidak diingini berlaku. Namanya juga uji coba kan? Jika sudah terbukti atau apabila anda sudah menerima pulangan dan keuntungan dari investasi awal, maka anda bolehlah melakukan tambahan atau menaik taraf investasi anda kepada yang lebih besar.

Berikut ini ada satu peluang dan tawaran perniagaan yang saya telah membuat kajian secara terperinci. Perniagaan ini mempunyai potensi dalam menunjang ekonomi anda, keluarga malah untuk orang lain dan yang paling penting ianya telah masuk dalam kriteria sebagai sebuah perniagaan yang dipercaya dan dapat menunjukkan beribu-ribu bukti mengenai kesahihan perniagaan tersebut di mana ramai para ahli atau peniaga yang ikut serta dalam perniagaan ini telahpun merubah kehdiupan mereka menjadi lebih baik dan lebih sempurna. Di antara tawaran dalam perniagaan ini adalah reward yang berupa wang secara tunai, motorsikal, kereta, menunaikan Haji, rumah yang dibayar secara tunai, bukannya deposit atau hutang dan bebas dari riba. Visi Syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah perusahaan bebas riba yang membantu umat untuk terbebas dari hutang dan riba.

Berikut adalah di antara reward yang ditawarkan oleh Syarikat tersebut.

Setakat ini data dari reward yang diperolehi oleh para ahli adalah seperti berikut:

  1. 1,200 buah motosikal senilai BND1,500.00
  2. 550 buah kereta yang senilai BND15,000.00
  3. 100 buah kereta mewah senilai BND50,000.00
  4. 35 buah rumah mewah senilai BND100,000.00

Data di atas sudah pasti berubah dan semakin banyak reward yang telahpun diterima oleh para ahli yang semakin hari semakin ramai yang melibatkan diri untuk tidak melepaskan peluang yang ditawarkan oleh perniagaan ini.

Berikut pula adalah beberapa bukti-bukti para ahli yang telah menerima reward dan sekaligus merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik lagi:

Dan masih banyak lagi bukti-bukti yang lain yang boleh anda lakukan pencarian melalui Google. Dan yang paling menarik adalah ramai di kalangan para penggiat agama seperti Ustaz dan Pendakwah yang ikut serta di dalam perniagaan ini. Ini kerana kesahihan dan kebenaran yang ada di dalam perniagaan ini seperti yang saya sebutkan dalam senarai kriteria yang memenuhi syarat dalam Syariah Islam. Coba lihat siapa saja di antara yang bergabung dalam perniagaan ini:

Untuk maklumat lanjut mengenai perniagaan ini bolehlah melayari laman web: http://bit.ly/ecoracing-brunei

Welcome to a place where words matter. On Medium, smart voices and original ideas take center stage - with no ads in sight. Watch
Follow all the topics you care about, and we’ll deliver the best stories for you to your homepage and inbox. Explore
Get unlimited access to the best stories on Medium — and support writers while you’re at it. Just $5/month. Upgrade