214’ — Idan’s day!

L E A
2 min readMar 14, 2023

--

📍 8.30 pm, 18th February 2018.

Mereka bertiga kini berjalan memasuki studio dengan perlahan, apabila Idan mula menyedari bahawa studio kini berada dalam keadaan yang gelap-gelita.

“Korang, gelap je studio ni. Yakin ke ada orang?” tanya Idan.

“Kita masuk je lah,” kata Adam, berjalan penuh yakin menuju ke pintu utama studio.

“Aku takuttttt…” rengek Idan perlahan, memeluk erat lengan Alan sambil menutup matanya.

Pintu dibuka, dan mereka kini memasuki ke dalam ruang studio tersebut, apabila tiba-tiba terdapat nyanyian lagu hari jadi yang ditujukan khas kepada Idan.

“… selamat hari jadi, Idan.”

Lagu tersebut ditamatkan dengan Idan yang meniup lilin di atas kek tersebut, sambil memeluk mereka semua, kecuali Eva.

“Eee thank you korang. Aku tak expect pun korang akan sambut birthday aku.. Thank you again and again..!! Sayang korang,” kata Idan, sebelum mengelap air matanya.

“Jangan menangis, Idan..” pujuk mereka yang lain, apabila Eva menyedari bahawa persiapan mereka untuk malam itu sebenarnya tidak lengkap.

“Korang.. Pinggan untuk makan kek tak ada lah. Hahah lupa nak sediakan tadi, huhu. Biar aku pergi beli sekejap, korang duduk sini je dulu,” kata Eva.

Mereka mengangguk, dan bersetuju untuk bermain assa hongsam (read as: svt’s fav game) terlebih dahulu.

Entah bagaimana caranya, Idan kalah terlalu awal menyebabkan dirinya kini hanya melihat mereka bertiga menyambung semula permainan tersebut, apabila telefon Alan tiba-tiba berbunyi menandakan bahawa dia telah menerima mesej baharu.

“Eva love..? So betul lah apa aku nampak..” bisik Idan perlahan, mencuba untuk mengambil telefon Alan, sebelum dia mengambilnya terlebih dahulu.

“Kenapa? Ada orang chat ke?” tanya Alan.

“Tak tahu, tak sempat nampak. Siapa tu?” tanya Idan semula.

“Eva. Dia tanya nak beli apa-apa lagi tak? Tapi dia dah on the way balik hahaha,” kata Alan.

“Alan, aku nak tanya — ” Ayat Idan terpotong apabila pintu studio dibuka dari luar, menandakan bahawa Eva kini sudah kembali.

“Tanya lah,” kata Alan.

“Nanti. Malam ni aku chat kau,” kata Idan, mengundang rasa tertanya-tanya dalam fikiran Alan sekali lagi.

© leynastarsky.

--

--