Berjuang lulus universiti untuk rebut peluang dari anak hartawan tak habis sekolah

Keturunan orang bisnes lebih berkebolehan berniaga, kata orang. Adakah ini kerana mereka sejak lahir sudah ada kebolehan itu atau mereka terlebih dahulu menerima kemudahan dari kejayaan ibu bapa mereka?

Penemuan dari sebuah kajian baru menggambarkan satu ciri yang umum dikongsi di kalangan usahawan ialah akses kepada modal kewangan — sama ada ia dari wang keluarga, warisan, ataupun status dan kabel yang memudahkan pengumpulan modal dan kestabilan kewangan.

Kajian yang dilakukan oleh National Bureau of Economic Research itu mengkaji perlakuan mengambil risiko di dalam pasaran saham dan mendapati yang factor persekitaran, dan bukan genetic, yang lebih mempengaruhi perangai pelabur. Atas penemuan ini, mereka membuat andaian yang ketegalan terhadap risiko itu dipupuk dengan masa, dan bukan sesuatu yang wujud dari saat mereka lahir.

Pandangan ini dikuatkan lagi dengan data dari Global Entrepreneurship Monitor yang mengatakan 80% modal untuk bisnes baru datang dari simpanan pribadi dan kawan-kawan dan keluarga.

Kecekalan menghadapi kegagalan sudah pasti satu sikap yang mustahak untuk mendapatkan kejayaan, dan kita lihat ramai usahawan ternama hanya berjaya setelah mencuba berkali-kali. Namun, jika anda ada kestabilan kewangan dalam hidup anda, dan keperluan asas terpelihara, ia lebih mendorong seseorang itu untuk bertindak kreatif dan mengambil risiko.

Kita perlu sedar hal ini kerana kita sering disogok dengan fahaman yang pendidikan dan ijazah akan memberi kita kejayaan, tetapi kita tidak sedar ada aspek yang terselindung yang memberi kelebihan kepada golongan yang lebih berduit.

Kegiatan anak-anak orang kaya yang berbelanja secara amat membazir seperti yang dipopularkan akaun instagram ‘Rich Kids of Instagram’ hanya gambarkan salah satu kelebihan dilahirkan dalam persekitaran modal mudah didapati

Dari segi statistic, data dari US menunjukkan bahawa apabila seorang pelajar dari miskin berjaya mendapatkan ijazah, mereka hanya meraih gaji yang lebih kurang dengan seorang anak orang kaya yang tidak pun habis sekolah menengah.

Dan bila anak orang kaya itu mempunyai kelebihan dari segi pencapaian akademik, mereka jauh lebih ramai akan menjadi pengurus syarikat, menentukan corak pemikiran akademik, dan membuat polisi. Kesannya juga melimpah kepada pembahagian masyarakat, semakin tinggi ketaksamaan pendapatan, semakin terpisah orang kaya dari orang miskin dari sudut penempatan, persekolahan, malah internet yang digunakan cara berbeza.

Kalau di Cina, kerana kejelekan perangai anak-anak golongan plutocrat sudah melampau-lampau, kerajaan mereka menubuhkan program khas untuk memimpin generasi muda yang kaya untuk menggunakan dengan sebaiknya kekayaan mereka, dan akhlak yang baik setelah menjadi kaya.

Sedangkan buat orang miskin, sebarang kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan hilangnya peluang untuk mendapat kehidupan yang stabil. Ini juga dapat dilihat di dalam sebuah kajian yang dilakukan John Hopkins University di mana mereka mendapati bahawa pengunaan alcohol dan dadah tertinggi di kalangan komuniti kulit putih yang kaya, tetapi mereka masih mempunyai mobiliti social yang meningkat.

One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.