Mudahnya dapat kereta sewa murah yang selesa di kota kinabalu

Kalau bercuti ke Sabah, semestinya kereta amat diperlukan untuk kemudahan perjalanan percutian anda di sana. Saya akan membantu anda untuk bercuti di Sabah dengan menggunakan kereta sewa pandu sendiri dengan kadar harga yang hebat dan perkhidmatan yang dipercayai.

Keindahan Alam Semulajadi Di Sabah Memukau Pandangan

Bagi mereka yang dah pernah sampai ke Sabah, pasti rasa nak datang lagi. Permandangan seperti ini memang sukar untuk temui apabila berada di Semenanjung. Mereka yang pernah bercuti di Sabah pasti merindui udara sejuk lagi menyegarkan di Kundasang. Suasana kehijauan berlatarbelakangkan banjaran crocker di sekitar Desa Dairy Farm dan banyak lagi.

Percutian Di Sabah Lebih Mudah Dengan Menaiki Kenderaan

Dari satu destinasi percutian di Sabah ke tempat yang lain, ada yang memerlukan anda memandu sekitar 1 ke dua jam untuk sampai. Justeru, untuk memudahkan anda melawat dari satu kawasan ke kawasan lain anda memerlukan kenderaan sendiri atau nak lebih mudah boleh sahaja sewa.

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Sabah

Memang ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu. Sesetengah syarikat kereta sewa mereka turut membuka kaunter tempahan didalam kawasan airport. Terpulang kepada anda untuk pilih mana-mana satu yang sesuai dengan bajet anda.

Kalau anda mencari kaedah lebih mudah untuk dapatkan kereta sewa dengan harga kompetitif, maka anda boleh dapatkan perkhidmatan sewa kereta menerusi NH Car Rental

Kereta Sewa Murah NH Car Rental

Berurusan dengan pihak NH Car Rental ni mudah sebenarnya. NH Car Rental menyediakan kereta yang selamat dan dalam keadaan baik pada kadar yang berpatutan. NH Car Rental sentiasa berusaha untuk menyediakan kenderaan dalam keadaan yang memuaskan.

NH Car Rental Menawarkan Kereta Sewa Dengan Harga Yang Murah di Sabah

Anda tengah merancang untuk bercuti ke Sabah. But, nak potong bajet? Ingin mencari kereta sewa murah di Kota Kinabalu? NH Car Rental menyediakan kenderaan bermutu dengan harga yang kompetitif, anda pasti dapat mencari kenderaan yang tepat untuk memenuhi citarasa dan bajet anda.

Boleh Pickup Dan Hantar Kereta Sewa Di KKIA, Sabah

Banyak syarikat sewa kereta di Sabah yang beri tawaran yang berpatutan dan mudah bicara nya. senang cite, deal mudah la. Siap boleh pickup dan hantar ke Airport KKIA lagi. Salah satu syarikat sewa kereta pilihan warga Sabah dan juga pelancong adalah NH Car Rental. Sampai je kat Airport KKIA dah ada kereta sewa tunggu anda depan mata. Mudah bukan?

Senarai kereta sewa yang boleh anda sewa

Setiap orang pasti mempunyai keperluan yang berbeza apabila bercuti ke Sabah. Jika anda datang secara berkumpulan yang besar anda mungkin akan perlukan kenderaan yang besar supaya lebih selesa. Jom grab kereta pilihan anda :

Perodua Axia Auto

Adakah anda hanya bercuti di kawasan sekitar Kota Kinabalu sahaja dan tidak pergi ke kawasan tanah tinggi? Jika ya, kenderaan jenis Perodua Axia ini sesuai dijadikan pilihan. Dari segi penggunaan petrol, ianya juga sangat menjimatkan

Perodua Axia (A)

Harian: RM 120

Mingguan: RM 720

Bulanan: RM 1,680 (RM56 sehari)

Perodua Myvi

Bagi peminat kenderaan jenis Perodua Myvi, jangan risau sebabnya model kenderaan ini juga ada ditawarkan.

Proton Myvi (A)

Harian: RM 130

Mingguan: RM 780

Bulanan: RM 1,820

Proton Saga

Kereta jenis Proton Saga adalah satu kenderaan paling popular bagi mereka yang bercuti ke Sabah. Jika anda ingin memandu sehingga ke Kundasang juga tiada masalah. Kereta Jenis Proton Saga ini adalah salah satu kenderaan pilihan ramai apabila bercuti ke Kundasang

Proton Saga FLX (A)

Harian: RM 130

Mingguan: RM 780

Bulanan: RM 1,820

Perodua Alza

Jika anda mahukan kenderaan yang lebih besar, anda boleh dapatkan kereta sewa jenis MPV Perodua Alza. mungkin anda inginkan lebih keselesaan, makan pemilihan jenis ini adalah pilihan yang bijak

Perodua Alza (A)

Harian: RM 190

Mingguan: RM 1,140

Bulanan: RM 2,550

Van

Anda datang ke Kota Kinabalu secara berkumpulan? Tak perlu sewa sampai dua biji kereta. Anda boleh pertimbangkan untuk sewa van sahaja. Mampu memuatkan sehingga 14 orang pada satu masa.

Sewa Kereta Bersama Pemandu di NH Car Rental, Kota Kinabalu

NH Car Rental ada menawarkan perkhidmatan kereta sewa bersama pemandu. Kalau anda ke Sabah dan tak pandai nak memandu bolehlah sewa sekali pemandu mereka. Dengan adanya bantuan pemandu dari NH Car Rental, anda boleh menikmati percutian anda sepenuhnya.

Kelebihan sewa kereta di NH Car Rental

  • Harga Berbeza Mengikut Tempahan
  • Bayaran Deposit Sahaja Dikenakan
  • Cara Pembayaran Yang Fleksibel
  • Kereta Yang Baru Dan Diservis Dengan Baik
  • Cara Tempahan Yang Mudah
  • Diskaun Mengikut Jumlah Hari Tempahan
  • Driver Yang Cekap
  • Perkhidmatan Terbaik

Apa kata pelanggan yang pernah dapatkan khidmat kereta sewa dari NH Car Rental :

Tempah kereta sewa pilihan anda hari ini di NH Car Rental!