Ulasan Digi Smart Plan 75
Ulasan Digi Smart Plan 75
Peringatan: Ulasan ringkas ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Pada tanggal 4 Februari 2016, saya berjaya berhijrah ke rangkaian Digi setelah sekian lama menggunakan Celcom. Plan pascabayar yang menjadi pilihan hati saya ialah Digi Smart Plan 75 yang akan ditamatkan tempoh pendaftaran pada 29 Februari 2016 kelak.
Pada mulanya saya agak sangsi dengan kualiti perkhidmatan Digi. Hal ini demikian kerana, corak pemikiran dan persepsi saya telah terkesan dek komen negatif para pengguna Digi di laman-laman sosial. Setelah meniliti butiran yang dicatatkan di laman web Digi, saya lantas memeriksa liputan internet di tempat kediaman saya, kawasan tempat kerja, dan kawasan sekitar kampung halaman. Hasilnya sangat memberangsangkan. Liputan 4G dan 3G telah tersedia di kawasan-kawasan tersebut. Tanpa berfikir panjang saya nekad untuk beralih ke Digi Smart Plan 75.
Saya melakukan proses penukaran di pusat Digi yang terletak di Suria KLCC. Proses tersebut hanya memerlukan maklumat peribadi, nombor telefon asal, dan bayaran bil pendahuluan sebanyak RM 75.90. Proses pertukaran rangkaian tersebut hanya memerlukan masa 24 jam.
Berikut merupakan faktor-faktor signifikan yang menarik minat saya untuk mendaftar plan pascabayar Digi Smart Plan 75:
- Kuota Internet sebanyak 7gb (Jika habis penggunaan kuota, anda perlu melanggan kuota tambahan: RM 8 untuk 1GB selama 2 hari)
- Percuma panggilan ke semua rangkaian
- Percuma SMS ke 3 Digi Friends
- Percuma 30GB storan untuk aplikasi Capture
- Percuma Music Freedom selama 120 hari — Anda layak “streaming music” tanpa menggunakan data 7GB yang telah ditawarkan. Hal ini demikian kerana, pihak Digi telah mengkhaskan kuota sebanyak 30GB untuk tujuan ini. Anda boleh menyemak dengan mendail *200#. Contoh-contoh plikasi popular yang boleh diakses melalui Digi Freedom ialah Spotify, Apple Music, dan JOOX.
- Percuma langganan iflix selama 12 bulan
- SMS 10 sen
- MMS 20 sen
Pihak Umobile juga menawarkan plan pascabayar yang sama seperti Digi. Plan tersebut ialah U70. Pada hemat saya, pengguna akan dikenakan bayaran sebanyak RM 70 + 6% GST. Plan ini lebih murah berbanding Digi Smart Plan 75 namun, liputan internet Umobile di kawasan kampung halaman tidak memuaskan dan pihak Umobile tidak menawarkan insentif percuma seperti yang ditawarkan oleh pihak Digi.
Akhir kata, pilihan di tangan anda untuk memilih plan pascabayar yang sesuai dengan kewangan semasa dan keperluan harian anda. Jadilah pengguna yang bijak dan terlajak cermat dan hebat dalam menilai promosi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di negara kita.