BANCOR PROTOKOL

Apa Khabar semua, Kami adalah pasukan Protokol Bancor (PDF) dan kami membina, sistem kewangan yang hierarki dan nyahpusat atas blockchain.

Apabila kita melihat sistem pertukaran antara manusia, kita dapat melihat dua kategori utama benda yang kita kongsi dan saling bertukar — Maklumat dan Nilai dagangan . Maklumat (kandungan seperti teks, imej, video, dan lain-lain) adalah benda yg boleh dicipta dan dipindahkan (apabila anda berkongsi, anda dan orang lain akan mempunyai maklumat itu), akan tetapi nilai tidak sama (apabila anda memberikannya kepada seseorang, anda tidak lagi mempunyainya.)

Sebelum terciptanya Internet, terdapat banyak rangkaian maklumat peribadi, yang sebahagian daripada kita adalah lebih cukup tua untuk mengingatinya, seperti BBSs, Prodigy, Compuserve, AoL,dan lain-lain. Kebangkitan dan kemajuan Internet telah mengubah segala-galanya dan segelintir yang bernasib baik untuk kekal telah menguna pakai, standard terbuka global baru untuk pertukaran maklumat, yang bergantung kepada koleksi rangkaian TCP / IP, berhubung melalui perjanjian peering.

Sebelum blockchain, semua mata wang yang mewakili nilai dagangan, dikekalkan tertutup. Blockchain, teknologi yang dipelopori oleh Bitcoin, adalah rangkaian pertukaran nilai nyahpusat, wang Internet. Ia akhirnya akan menggantikan sebahagian besar daripada rangkaian perbankan swasta hari ini dan membolehkan orang baru(dan lama yang dapat menyesuaikan diri) untuk mencipta jenis nilai dagangan yang baru dan membuat transaksi melalui sistem global terbuka yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun.

Pasukan Bancor telah membina produk di Internet sejak akhir tahun 90-an. Beberapa syarikat kami adalah Contact Networks, Metacafe, Mytopia, Particle Code dan AppCoin. Kami terserempak dengan Bitcoin pada tahun 2011 dan mula meneroka potensi dalam mata wang yang dijana pengguna. Berikutan pengumuman Ethereum pada 2015, kami memahami bahawa smart-kontrak adalah satu perubahan dan akan membolehkan penciptaan mata wang dan penyesuaian pada skala. Modul yang boleh diprogram untuk mengurus dan memegang nilai (diwakili sebagai token) boleh melakukan proses yang berkaitan nilai dagangan dengan kos yang sedikit — proses ini kini dikendalikan oleh pelbagai organisasi (contohnya- perkhidmatan escrow, bursa niaga, firma undang-undang,dan lain-lain). Walau bagaimanapun, potensi kod nyahpusat yang autonomi untuk menguruskan wang digital pada standard terbuka untuk pertukaran nilai adalah lebih mendalam.

Pada musim panas tahun 2016, kami mula bekerja di Bancor dengan matlamat untuk mewujudkan sistem kewangan hierarki (di mana satu token digital memegang token lain dalam rizabnya) untuk membina standard baru untuk wang digital yang akan meletakkan asas untuk pusat pertukaran global yang nyahpusat. Yang autonomi, tidak mempunyai spread, tiada risiko rakan niaga dan menyediakan tunai yang berterusan bagi apa-apa aset. Yang mengekalkan mata wang, sepertimana Internet lakukan untuk kandungan maklumat.

Kami ingin berkongsi dengan anda, dunia Internet, draf kertas putih kami untuk semakan dan komen anda. Semua maklum balas adalah dialu-alukan dan dihargai.

Pasukan Bancor

http://bancor.network