Kenapa aku benci menangis:

  1. Biasanya. Kalau kau menangis, alasannya jarang kerana kegembiraan. Biasanya ianya kerana kesedihan. Satu perasaan yang sangat menyengat emosi dan perasaan yang paling dalam, yang paling pedih dan yang paling perih. Satu gambaran darah meletupnya jantung kau, kerana sedih tapi keluarnya dari mata dalam keadaan yang jernih, kerana orang lain tidak nampak letupan jantung dan warna merah darah air mata itu.
  2. Biasanya kalau menangis, alasannya bodoh. Kalau di atas, orang biasanya menangis kerana kesedihan, ada yang menangis kerana geram. Marah. Benci. Ada. Air mata itu keluar menderas laju seperti derasnya darah mengalir dalam badan ketika mengepalkan tinju dalam keadaan marah.
  3. Kau. Punca dua nombor di atas.