Diskusi 2: Peranan dan Tanggungjawab Seorang Wanita
Jamiah Manap
39

Bagi saya, peranan dan tanggungjawab wanita yang pertama ialah berbuat baik kepada ibu bapa, terutama ibu kita kerana dia yang melahirkan kita. Kita juga perlulah meringankan beban ibu bapa kita selagi kita mampu. Dalam rumah tangga pula, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita ialah sebagai seorang isteri dan ibu. Seorang isteri perlulah sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Manakala sebagai seorang ibu, kita secara langsung terbabit dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami.