Diskusi 5: Fungsi dan Peranan Adik Beradik dalam Keluarga
Jamiah Manap
29

Di sini saya akan menjelaskan fungsi dan peranan adik-beradik dalam keluarga. Bagi saya, adik-beradik yang lebih tua seperti abang dan kakak memainkan peranan penting dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia. Abang atau kakak boleh menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lebih muda. Hal ini kerana adik-adik selalunya akan mencontohi tingkah laku abang atau kakak mereka. Selain itu, abang atau kakak juga seharusnya menasihati adik-adik mereka dengan penuh kasih sayang apabila melihat adik-adik mereka melakukan perkara negatif. Mereka tidak seharusnya memekakkan telinga dan membutakan mata kerana perbuatan negatif yang dilakukan oleh adik-adik mereka boleh menjatuhkan maruah keluarga. Seterusnya, dalam menjaga hubungan antara adik-beradik, kita perlu menititikberatkan sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya.