Diskusi 1: Keluarga Komuter
Jamiah Manap
210

Keluarga komuter melibatkan pasangan yang hidup berasingan sekurang-kurangnya tiga malam atau seminggu selama tempoh minimum tiga bulan dalam lokasi geografi yang berbeza. Terdapat satu kes keluarga komuter yang saya kenali yang akan saya kongsikan. Pasangan suami isteri ini terpaksa tinggal berjauhan disebabkan jarak tempat kerja yang berbeza. Seorang berkerja di Perlis manakala seorang lagi berkerja di Kedah. Masing-masing berkerja sebagai seorang guru. Kedua-dua pasangan terpaksa bekerja untuk menampung kos sara hidup dan simpanan untuk jaminan masa depan keluarga. Seterusnya, terdapat cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pasangan suami isteri ini iaitu dari segi kewangan. Pasangan terpaksa menanggung kos yang tinggi terutama bagi menampung kos minyak kerana sering berulang alik antara dua destinasi, kos sewaan rumah berasingan, perbelanjaan dapur dan lain-lain. Pasangan keluarga komuter ini turut terdedah dengan kemalangan dalam perjalanan kerana sering berulang alik antara dua destinasi. Ketidakstabilan emosi dan kesunyian juga dihadapi oleh pasangan suami isteri keluarga komuter ini. Jadi, cara mereka mengendalikan kehidupan sebagai keluarga komuter ialah dengan menggunakan sepenuhnya kecanggihan alat komunikasi sedia ada untuk berhubung dengan pasangan yang jauh seperti berhubung melalui pesanan suara dan pesanan ringkas. Akhir sekali, saya ingin memberi cadangan bagi penambahbaikan terhadap mereka iaitu sikap saling percaya dan yakin kepada pasangan adalah amat penting. Jadi, setiap pasangan suami isteri perlulah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berusaha mengelakkan ketegangan yang boleh memburukkan lagi keadaan hidup berjauhan.