Perubahan Barisan Kepimpinan Parti BERSAMA Bawa Harapan Baharu dibawah Pimpinan Danial

MD SABUJ HOSSAIN
2 min readMay 1, 2024

--

Kuala Lumpur, 30 April 2024 — Langkah-langkah ke arah pembaharuan dalaman Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) telah mewujudkan perubahan penting dalam barisan kepimpinan parti selepas Persidangan Khas (EGM) yang diadakan pada sekitar bulan Disember 2023, yang lepas.

Menurut sumber dalaman, Presiden parti yang terdahulu, Nazry Roy, telah mengundurkan diri disebabkan ketidakupayaannya untuk membawa parti ke hadapan.

Keputusan yang bermakna ini diambil selepas perbincangan mendalam dan penilaian terhadap prestasi parti dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai gantinya, Danial Bin Marnokaran Abdullah telah dipilih sebagai Presiden baharu parti mulai sejak Disember 2023.

Penyelarasan ini telah membawa angin segar kepada Parti BERSAMA sebagai sebuah parti pelbagai kaum, dengan anggota parti khususnya dari semenanjung Kuala Lumpur menyokong kepimpinan baru yang dianggap mampu membawa perubahan positif yang diperlukan dan diinginkan oleh semua.

Sebagai tindak balas terhadap perkembangan ini, pihak kami telah melakukan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengesahkan keabsahan perubahan ini.

Hasil semakan menunjukkan bahawa senarai AJK pimpinan tertinggi parti tersebut telah dikemaskini sejak Januari 2024 di bawah kepimpinan Danial sebagai Presiden.

Dalam cubaan kami menghubunginya, Danial turut memberikan kenyataan mengenai perubahan ini.

“Saya mengambil tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan dan tekad untuk membawa parti BERSAMA ke arah masa depan yang lebih cerah.

“Kami akan terus berusaha untuk meningkatkan keupayaan parti dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan menghadapi cabaran politik yang semakin kompleks dengan penuh keazaman,” kata Danial.

“Perubahan dalam kepimpinan ini diharapkan akan membuka ruang untuk inovasi, transformasi, dan penyegaran yang lebih lanjut dalam BERSAMA, menjadikan parti ini lebih relevan dan responsif terhadap keperluan dan aspirasi rakyat,” katanya.

Parti BERSAMA kini bergerak dengan perkembangan baharu yang lebih menerapkan peningkatan positif dari masa ke semasa serta perwakilan kepimpinan dan keahlian terdiri daripada berbilang kaum di Malaysia.

--

--