Landasan Kapal Terbang Paling Mengerikan Di Dunia

Farhana Fuad
3 min readFeb 17, 2020

--

Seram bila melihat landasan kapal terbang ini sehinggakan macam-macam perkara yang terbayang di fikiran.

Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago Midway

Image credit — airliners.net

Lapangan terbang ini dibuka pada tahun 1927, dan landasannya dikatakan 2,000 kaki pendek daripada landasan di lapangan terbang baru yang lain, menjadikannya kurang getaran buat juruterbang. Bahkan, cuaca yang agak dingin sering menyebabkan kondisi penerbangan agak menyeramkan serta ais di atas kapal terbang perlu dinyahkan terlebih dahulu. Kapal terbang berais adalah salah satu daripada 12 faktor yang boleh menyebabkan penangguhan penerbangan.

Lapangan Terbang Princess Juliana

Image credit — Wikimedia Commons

Mendarat di Princess Juliana Airport boleh jadi agak menakutkan bagi mereka yang tidak menaiki kapal terbang tersebut. Kapal terbang yang ingin mendarat di lapangan terbang ini perlu terbang rendah dekat dengan pantai yang terbuka untuk orang awam sebelum melepasi pagar lapangan terbang tersebut dan mendarat di Caribbean Island of St. Maarten.

Lapangan Terbang Madeira

Image credit — pinterest

Juruterbang memerlukan latihan istimewa untuk mendarat di lapangan terbang ini, yang mana terletak di Madeira Island di tengah-tengah Atlantik, berdekatan dengan Portugal dan Morocco. Proses pendaratan biasanya membuatkan penumpang takut kerana biasanya pesawat akan terus ke arah pergunungan di pulau itu sebelum membelok secara pantas demi untuk membetulkan semula posisi ke arah landasan di lapangan terbang itu.

Lapangan Terbang Tenzing Hillary

Image credit — Wikimedia Commons

Sekali pandang pada landasan kapal terbang di lapangan terbang ini anda boleh lihat kenapa lapangan terbang Nepal ini dengan mudahnya boleh digelar lapangan terbang paling menakutkan di dunia. Tenzing-Hillary Airport dinamakan selepas pendaki pertama Gunung Everest, mewujudkan base camp pergunungan itu, dan landasannya yang menyeramkan dilihat seakan hilang pada bahagian sisi kanan terus masuk ke dalam pergunungan di situ. Bukan itu sahaja, malah tiupan angin di kawasan itu juga agak brutal.

Lapangan Terbang Antarabangsa Reagan

Image credit — Google images

Penerbangan masuk dan keluar dari kota ini boleh menyebabkan penerbangan yang agak menyeramkan. Mempunyai dua sempadan zon dilarang terbang dan juruterbang sering terpaksa mengelak dari terbang berdekatan dengan Pentagon dan White House. Pada tahun 2008, sebuah kemalangan kapal terbang telah berlaku dan memasuki dua kawasan larangan untuk terbang dan kesemua Congress terpaksa diminta untuk keluar dari bangunan tersebut. Salah satu penerbangan lain yang ingin memasuki lapangan terbang Reagan pada tahun 2015 telah berhadapan dengan sekumpulan burung yang terbang di situ.

Lapangan Terbang John F.Kennedy

Image credit — Google images

Lapangan terbang ini berdekatan dengan kedua-dua lapangan terbang LaGuardia dan Newark dan ia boleh menyebabkan perjalanan ke New York City sebagai satu cabaran. Selain itu, sekatan bunyi yang telah diwujudkan sejak 1964 membuatkan pasukan juruterbang terpaksa melakukan manuver yang sukar dikenali sebagai “Pendekatan Canarsie” (dinamakan sempena kejiranan Brooklyn) untuk mendarat di landasan tertentu. Juruterbang mendarat di JFK dengan hanya lima batu julat penglihatan.

Lapangan Terbang Gilbratar

Image credit — Wikimedia Commons

Landasan kapal terbang untuk lapangan terbang ini terletak di pantai selatan Sepanyol, terbentang di atas Bay of Gibraltar, jadi ia memastikan tiada sebarang ruang untuk sebarang masalah bagi pesawat yang ingin mendarat di situ. Dan jika pesawat membuat pendaratan kala cuaca yang buruk dan bergelora yang sering berlaku di teluk itu, ia akan menyebabkan juruterbang diarahkan semula untuk terbang ke lapangan terbang lain seperti di Sepanyol, Maghribi, atau bahkan Portugal.

--

--

Farhana Fuad
0 Followers

A digital content writer based in Kuala Lumpur, Malaysia.