Kandid Sempurna

Ada sesuatu yang fantastik dan misteri pada langit hari ini. Aku dapat rasakan sesuatu.

Dahulu ada seorang gadis gemar memerhatikan langit. Setiap hari dia akan mengambil gambar langit dan postkannya ke Instagram. Setiap hari langit yang sama. Namun tiada langsung pada gambar-gambar langitnya ada kesamaan di antara mereka. Birunya punya nuansa warna yang berlainan Satu gambar dengan gambar yang seterusnya, lain. Kadang-kadang ada awan mengapung dan kadang-kadang biru itu bogel tanpa seurat pun benang putih. Namun masih tiada dua gambar yang sama. Sebab inilah dia suka tangkap gambar langit. Langit tak pernah membosankan katanya.

Setiap hari aku skrol gambarnya tiada langsung tergerak dalam diri akan ada apa-apa istimewanya gambar-gambar ini dan sejujurnya saat ini ketika jariku masih lagi menggelungsur pada skrin sesentuh aku masih lagi tak merasa apa-apa.

Aku mendongak ke atas, lantas bertanya; dibawah langit manakah sekarang ini kau berada D?

Aku menjamah dua keping biskut kering dan menghirup teh O panas. Hari ini ternyata sangat panas. Semalam aku dah pun memeriksa app ramalan cuaca, katanya suhu akan naik sekitar 35 darjah celcius. Ternyata hari ini jangkaan itu meleset. Aku keluarkan Iphone ku daripada kocek dan memeriksa yang sekarang ini sudah pun mencecah 40 darjah. Ramalan. Mujur aku kerja di dalam gudang.

Ktang Ktang Ktang!

Sandy sudah menjerit memanggil masuk di tanganya loceng yang masih diketuk bunyi. Waktu rehat sudah tamat. Lagi dua jam untuk 10 minit rehat yang seterusnya. Ada tiga jalur tebal awan yang menggores perut langit biru. Aku sekali lagi melihat sekali lalu gambar di Instagram. Sudah 86 minggu semenjak gambar langit yang terakhir kau postkan D. Nun dihadapan tempat aku duduk, di kaki langit sana, aku rakamkan gambar bukit sederhana tinggi, hijau dalam ingatan kerana langit terlampau biru untuk aku bawa kedalam gudang sambil mengira detik berakhir 2 jam shift bekerja.

Dalam perjalanan pulang, Azman mengomel di belakang kereta. Sakit-sakit belakang katanya. Azman seakan mahu berhenti esoknya tapi Haris cuba untuk memujuknya bertahan seminggu dua lagi. Katanya, nanti ok la belakang tu bila dah biasa dengan rutin kerja. Aku terlampau penat untuk mencelah. Bateri Iphone sudah pun memerah. Aku mahu melelap sekejap. Aku buka Instagram dan gambar pertama yang aku lihat, belakang kepala D berlatarkan langit jingga. Tiada langsung awan.

D

Show your support

Clapping shows how much you appreciated nhf’s story.