PENDAFTARAN UCB

1/9/2014- Tak lena aku tidur semalam hanya memikirkan hari pendaftaran nanti. Banyak yang berlegar-legar dikepala memikirkan apa yang akan berlaku nanti. Aku bangun awal lagi dalam pukul 7:00 a.m tak silap aku. hehe bukan sebab excited tapi sebab kawan aku dah janji nak pergi pukul 8.00 a.m tapi tak tepat pun. Dia mari lewat kot bukan tak reti bersyukur tapi kena lah tepati masa bila dah berjanji kan. So dalam pukul 11.00 aku rasa sampai kat UNIVERSITY COLLEGE BESTARI nih.. Sampai je boleh lah nak kata pendaftarannya lebih teratur dan lancar berbanding hari pendaftaran masa aku masuk kos asasi hari tuh. Kolej ni boleh dipuji sebab kos pendaftaran nya agak murah berbanding ipts lain. Aku masuk sini pun sebab yuran dia dalam 400 lebih. Kolej ni under PEYATIM sebab tu subsidi dia lebih sikit.Sebelum masuk kolej ni aku belajar kat UITM JENGKA tapi tak sampai satu sem pun sebab aku tak rasa betah duduk disitu. Okay lepas siap daftar tu aku kena cari rumah untuk duduk 3 tahun kat sini. Tapi rasa angin betul bila rumah yang aku booking hari tuh dah ada junior masuk… uarggggg what the fish!!!!!!! dah lama kot kawan kawan aku booking rumah tuh tapi junior yang tak tahu asal usul mari masuk rumah tuh… huh tapi maybe tak ada rezeki lah duduk rumah tuh… Aku kena duduk tingkat 4 huarggg rasa nak menangis je dahlah beg berat gila… sampai je atas nak fengsann rasa… letih gila bab* kot. Kos yang aku amik kat sini ialah IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN ISLAM aku harap boleh lah aku survive belajar nanti. hehe wish me luck k… ^_^

Show your support

Clapping shows how much you appreciated nur alif’s story.