5 Cara Mengatasi Masalah Sakit Urat

Jies
2 min readMar 28, 2022

--

Berat badan berlebihan akan memberi tekanan yang kuat pada sendi, terutama sekali pada bahagian lutut, pinggul dan kaki.

Oleh itu, sekiranya anda menghidap osteoporosis anda amat disarankan untuk menjaga pemakanan dan cuba untuk menurunkan berat badan untuk mengelakkan penyakit lain.

  • Pengambilan ubat tahan sakit

Masalah sakit urat dapat dirawat dengan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit (painkillers) dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID).

Ubat tahan sakit ini juga amat berkesan untuk mengurangkan kesakitan akibat kecederaan ringan seperti terseliuh, kekejangan atau akibat pergerakan berlebihan.

Bukan itu sahaja, pengambilan ubat jenis ini juga mampu membantu untuk mengurangkan bengkak dan keradangan.

Namun, pastikan and mendapatkan rujukan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

  • Melakukan senaman secara berkala

Tambahan pula, jika anda mengalami artritis atau gejala sakit urat, cuba jadikan aktiviti fizikal di bawah sebagai rutin. Antaranya adalah:

  • Mengawal berat badan
  • Menjaga kelenturan sendi
  • Menguatkan otot sekitar sendi

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk melakukan senaman yang berintensiti rendah seperti berjalan kaki, berbasikal, Tai Chi, yoga atau aktiviti sukan air seperti berenang.

  • Terapi panas dan sejuk

Rawatan panas dan sejuk merupakan antara petua yang berkesan dalam menghilangkan gejala sakit urat saraf dan ia adalah sangat senang untuk dilakukan.

Terapi panas dilakukan dengan mandian atau berendam di dalam air panas pada waktu pagi sebagai ikhtiar untuk mengurangkan kekejangan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan selimut elektrik atau pad pemanasan lembab untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan urat pada waktu malam.

Di samping itu, rawatan terapi sejuk dapat melegakan sakit sendi, bengkak serta keradangan.

Apa yang anda perlu buat adalah membalut pek gel ais atau beg sayur beku dengan tuala dan sapukan pada sendi yang mengalami kesakitan.

Anda akan merasai kelegaan dengan segera.

Namun, harus diingatkan, untuk mengelakkan kecederaan pada kulit, jangan meletakkan ais terus pada bahagian kulit anda!

Punca stroke yang ramai ambil mudah? | Cara untuk mengurangkan sakit leher. | Cara mengatasi masalah sakit urat.

Hukum memakai inai dan manfaatnya | Corak inai simple tangan untuk hari pertunangan anda.

--

--