Bab 10 : Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah

Definisi

Ahl : ahli/pakar
Sunnah : jalan / cara yang dilalui

Istilah :
a) Ahl al Hadis : Semua perkara yang dipindahkan dari Nabi Muhammad s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, taqrii, pengajaran dan perlakuan, sejarah hidup sama ada berlaku sebelum baginda diutuskan menjadi nabi dan atau pun sesudahnya

b) Ahl usul Feqh : Semua perkara yang dipindahkan dari nabi s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan dan taqrir yang bersangkutan dengan hukum hakam

c) Ulama Aqidah : semua perkara yang dibawa oleh nabi sama ada bersumberkan al-Quran atau pun Hadith, juga termasuk ijtihad para sahabat, sama ada bersangkutan dengan hukum hakam ataupun tidak

d) Ulama Fiqh : Sesuatu perkara yang diterima dari Rasulullah yang tidak menunjukkan fardu atau wajib

Ahl Sunnah Wal Jamaah ialah orang yang berpegang teguh dengan kitab Allah, Sunnah Rasul-Nya dan apa yang para sahabat, Tabien dan pengikut mereka beriltizam dengan keduanya, samada perkataan, perbuatan mahupun iktikad yang bertepatan dengan sumber-sumber tersebut.

Rumusan ASWJ:

  1. Para sahabat nabi merupakan generasi pertama yang menerima
    ajaran nabi s.a.w. secara langsung yang merangkumi I’tiqad, ibadah,
    akhlak, syariat dan sebagainya. Mereka juga lebih mengetahui
    tentang Sunnah Rasul dari orang lain , beramal serta berpegang teguh
    dengannya
  2. Para Tabi’en, Atba Tabi’en dan Imam mujtahid yang mengikut jejak
    langkah para sahabat pada setiap masa dan tempat, terutamanya ahl Hadith yang telah menyampaikan Sunnah Rasul, bekerja keras mengumpul dan mengklasifikasikan hadis-hadis yang sahih dan dhaif
    serta beramal dengan hadis-hadis yang sahih yang pasti datang dari Nabi s.a.w.
  3. Orang-orang awam di seluruh pelusuk dunia yang mengikut al-Quran dan al-Hadis dan memahaminya seperti yang difahami oleh golongan para salaf solih.

Asas-Asas Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

A) Sifat Allah yang terkenal : wajib (20), mustahil (20) dan harus (1) :

  1. Wujud lawannya a’dam (tiada) — Allah wajib wujud, mustahil Allah
    tiada
  2. Qidam (tiada permulaan) lawannya huduth (baharu)
  3. Baqa (kekal abadi) lawannya fana (binasa/berakhir)
  4. Mukhalafatuhu lil-hawadith (tidak sama dengan makhluk) lawannya
    mumathalatuhu lil-hawadith (serupa dengan yang baru)
  5. Qiyamuhu binafsih ((berdiri dengan sendirinya) lawannya Ihtiyajuh
    lighairih (berhajat kepada selain Allah)
  6. Wahdaniyat (Esa) lawannya ta’addud (berbilang)
  7. Qudrat (berkuasa) lawannya a’juz (lemah)
  8. Iradat (berkehendak) lawannya karahah (terpaksa)
  9. Ilmu (mengetahui) lawannya jahl (bodoh)
  10. Hayat (hidup) lawannya maut (mati)
  11. Sama’ (mendengar) lawannya summu (tuli/pekak)
  12. Basar (melihat) lawannya bukmu (buta)
  13. Kalam (berkata-kata) lawannya bukmu (bisu)
  14. Qadiran (Allah zat yang berkuasa) lawannya kawnuhu a’jizan (Allah
    mustahil zat yang lemah)
  15. Muridan (Allah zat yang berkehendak ) lawannya kawnuhu karihan (Allah mustahil zat yang terpaksa)
  16. Aliman (Allah zat yang mengetahui lawannya kawnuhu jahilan (Allah
    mustahil zat yang bodoh)
  17. Hayyan (Allah zat yang hidup) lawannya kawnuhu maiyitan (Allah mustahil zat yang mati)
  18. Sami’an (Allah zat yang mendengar) lawannya kawnuhu asamma (Allah mustahil zat yang tuli)
  19. Basiran (Allah zat yang melihat) lawannya kawnuhu ‘ama (Allah mustahil zat yang buta)
  20. Mutakalliman (Allah zat yang berkata-kata) lawannya kawnuhu abkaman (Allah mustahil zat yang bisu)

Sifat jaiz/mustahil : Allah harus menciptakan sesuatu atau tidak menciptakannya.

Sifat Allah yang 20 itu dikelompokkan menjadi 4 :

  1. Sifat Nafsiyyah-Sifat pertama
  2. Sifat Salbiyyah-Sifat-sifat yang menbezakan Allah dengan zat-zat yang
    lain : sifat nombor 2,3,4,5 dan 6
  3. Sifat Maa’ni-Sifat nombor 7,8,9,10,11,12 dan 13
  4. Sifat Ma’nawiyah-Sifat nombor 14, 15, 16, 17, 18, 19 dan 20

B) Para rasul dan nabi Allah mempunyai sifat wajib (4), mustahil (4) dan
harus (1)

1. Siddiq (benar) lawannya kizb (dusta)
2. Amanah (boleh dipercayai) lawannya khianat (curang)
3. Tabligh (menyampaikan) lawannya kitman (menyembunyikan)
4. Fatanah (pandai) lawannya jahlun (bodoh)

Sifat jaiz/harus para rasul ialah : mereka mengalami /mempunyai sifat-sifat
yang dimiliki oleh manusia pada umumnya seperti makan, minum, tidur, sakit dan sebagainya. Kesemuanya ini tidak mengurangi darjat para Rasul.

Bilangan nabi dan rasul yang dilantik dan diketahui jumlahnya seramai 25
orang, manakala bilangan nabi ramai dan tidak diketahui jumlahnya.

C) Kitab-kitab suci yang diturunkan kepada para Rasul

1) Taurat diturunkan kepada Nabi Musa
2) Zabur diturunkan kepada Nabi Daud
3) Injil diturunkan kepada Nabi Isa
4) Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad

D) Malaikat
Diciptakan dari sejenis cahaya, berjisim halus, tidak berjantina, tidak
makan dan tidak minum dan selalu taat kepada perintah Allah. Malaikat banyak tetapi yang dihafal namanya oleh para muslimin hanya 10 sahaja.


Rumusan pendirian golongan Ahl Sunnah wal Jamaah :

  1. Meyakini dan mempercayai kepada sifat maa’ni bagi Allah tetapi
    tidak sampai kepada tajsim (menjisimkan) atas Allah dan tidak menyamakan Allah dengan makhluk. Juga percaya kepada sifat wajib, mustahil dan jaiz (harus) para rasul. Percaya kepada datangnya kiamat dan kehidupan akhirat seperti hisab, mizan, sirat, syurga, neraka, seksa dan nikmatkubur, bangkit dari kubur. Juga meyakini semua rukun iman dan rukun Islam.
  2. Bahawa manusia mempunyai daya usaha dan ikhtiar atas perbuatan
    yang ikhtiyariyyah (yang dibuat oleh manusia) dengan tidak terlepas
    dari sifat qudrat dan iradat Allah.
  3. Manusia memerlukan pertolongan dari Allah untuk dapat melaksanakan amal perbuatannya kerana kekuasaan manusia itu perlaksanannya tidak dapat berdiri sendiri dan segala sesuatu tergantung kepada qudrat dan iradat Allah.
  4. Syukur ialah usaha manusia di dalam menggunakan dan menjalankan
    nikmat Allah kepadanya sesuai dengan maksud btujuan pemberian
    itu, ertinya tidak digunakan untuk menyeleweng dari tuntutan Allah.
  5. Segala sesuatu yang ujud pasti dapat dilihat dan Allah yang ujud juga
    dapat dilihat. Maka melihat zat Allah di alam akhirat tentulah dapat
    terlaksana tetapi tidak dengan ketentuan cara, waktu dan tempat makhluk.
  6. Iman adalah kepercayaan dalam hati. Sebut dengan lisan dan amal perbuatan dalam menunaikan kewajipan adalah sebagai penyempurna dan pelengkap iman. Maka orang yang beriman dalam hati , lalu dia mati dlam keadaan demikian , dia tidak akan dimasukkan dalam neraka selama-lamanya.
  7. Orang yang mengerjakan dosa besar dan mati sebelum bertaubat, urusannya terserah kepada Allah, sama ada ia diampuni atau diseksa-Nya.
  8. Semua kewajipan ditentukan oleh Allah, tidak mengikut pertimbangan akal fikiran , kerana akal tidak dapat menentukan mana yang baik dan mana yang buruk kecuali atas bimbingan wahyu.
  9. Allah tidak mempunyai kewajipan untuk berbuat islah bagi hamba-Nya
    kerana bila wajib, maka Allah terpaksa berbuat sesuatu. Semua peristiwa yang dicipta oleh Allah mengandungi hikmat yang mana manusia tidak mampu untuk meniliknya.
  10. Mengutus Rasul adalah hak Allah, bukan sebagai kewajipan Allah. Itu
    hanyalah kerana rahmat Allah kepada hamba-Nya, untuk memberi petunjuk kepada bvangsa manusia agar tidak mempunyai alasan untuk menghindarkan diri daripada kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah atas manusia.
  11. Allah berkuasa mencipta sesuatu tanpa ada contohnya terlebih dahulu. Dia juga merubah sesuatu ke bentuk lain, memperlihatkan sesuatu yang luar biasa melalui keajaiban yang diberikan kepada para Rasul, juga kepada orang mukmin biasa.
  12. Penghuni alam kubur lebih faham atau mempunyai pengertian yang
    lebih luas terhadap segala perbuatannya di dunia daripada sewaktu
    ia masih di alam dunia. Ertinya dia boleh menginsafi segala amal
    perbuatannya yang salah di dunia dahulu.
  13. Kata-kata dalam al-Quran atau al-hadith yang mutsyabih atau seakan
    tashbih dengan Tuhan, seperti: Tuhan berada di A’rasy — Tuhan
    berada di atas — Tuhan turun ke langit dunia — Tuhan mempunyai jari –
    tangan Tuhan — wajah Tuhan dan sebagainya itu semuanya harus
    diterima menurut adanya dalil sahaja dan diertikan menrut apa yang
    disebut dan jangan sema sekali disamakan dengan makhluk.
    Sebabnya, semua itu tidak mustahil terjadi tanpa mengurangi sifat
    keagungan dan keEsaan Allah serta kesucianNya sehingga tidak
    terjadi tajsim atau menyamakan Allah dengan makhluk.

Rujukan

  • Dr. Sulaiman Noordin, Dr. Mohd Zawawi Abdullah dan Ahmad Rafizi Salleh, Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah ; Siapa dan Kenapa menurut Ahli Hadis Imam- Imam Al-Arba’ah dan Al-Salaf Al-Solih, Prosiding Seminar Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangordan Wilayah Persekutuan (BPPI) dan Persatuan Ulamak Pulau Pinang @ Seberang Perai, 1996.
  • Umar Hasyim, Siapa Ahlus Sunnah Wal Jamaah; Berlakunya Fahaman Sesat dan Penyelewengan Di Kalangan Kaum Muslimin, Galeri Watikah Sdn. Bhd, 1999.